KUALA LUMPUR: Seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Kata Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa malam.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Selasa, 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah. – Suara Timur
