Home Mahkamah dan JenayahBekas jurutera tukar pengakuan tidak bersalah guna 359 keping wang palsu

Bekas jurutera tukar pengakuan tidak bersalah guna 359 keping wang palsu

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Bekas jurutera menukar pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan membabitkan menggunakan wang palsu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifil membenarkan tertuduh Ahmad Faisal Mohd Shah Rani, 34, diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh penyerahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, pada 18 Disember lalu, jam 3.10 petang bertempat di Kedai Emas Lelong Maya, Jalan Hiliran Chabang Tiga, tertuduh melakukan percubaan menggunakan mata wang palsu sebagai tulen.

banner

Tertuduh menggunakan sebanyak 359 keping mata wang palsu RM50, justeru melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Hashim.

Terdahulu, pada 5 Januari lalu, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan dan mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh pendengaran kes serta hukuman. – Metro

Tinggalkan komen