Home NegeriPelajar UniSZA balik perpustakaan maut dirempuh Honda Jazz

Pelajar UniSZA balik perpustakaan maut dirempuh Honda Jazz

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.39 tengah hari itu, mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, pelajar Diploma Pendidikan Pasca Ijazah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam itu dalam perjalanan menghala Jalan Bukit Kecil selepas mengulang kaji pelajaran di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini.
Sewaktu membelok dari persimpangan lampu isyarat yang dikatakan bertukar hijau, kereta Perodua Viva dipandunya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Honda Jazz dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar raya.

Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua rempuh teruk selain menyebabkan sebatang lampu isyarat mengalami kerosakan.

banner

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Salleh Abdullah berkata, sepasukan angggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat Syakirah Hanan yang tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan.

Beliau berkata, mayat pelajar wanita tersebut telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.

“Pemandu lelaki Honda Jazz yang cedera pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya. – Kosmo

Tinggalkan komen