Home NasionalBudak 2 tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

Budak 2 tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

oleh suara timur

TANGKAK: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas hampir 12 jam bertarung nyawa akibat parah dilanggar, ketika bapanya mengundurkan kereta di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar jam 7.30 malam pada hari sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, berkata siasatan awal mendapati pemandu yang juga bapa mangsa berusia 30-an sedang mengalihkan kenderaan dengan berundur.

Beliau berkata, bapa mangsa berasa seperti terlanggar sesuatu di belakang sebelum memberhentikan kenderaannya.

banner

“Kanak-kanak itu dikatakan secara tiba-tiba keluar dari rumah dan berada di belakang kereta tanpa disedari bapanya,” katanya dalam kenyataan.

Jamellulkamal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi melengkapkan siasatan. – Berita Harian

Tinggalkan komen