Negeri

Wan Abd Aziz kekal Pengerusi Koperasi Peserta Peserta Felcra Kawasan Bukit Keladi Kemaman Berhad

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Wan Abd Aziz Wan Othman kekal sebagai Pengerusi Koperasi Peserta Peserta Felcra Kawasan Bukit Keladi Kemaman Berhad (KPR) bagi penggal ketujuh berturut-turut.

Pemilihan dilakukan oleh Ahli Lembaga Koperasi pada mesyuarat agung koperasi tersebut di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini, hari ini.

Mesyuarat Agung Koperasi Peserta Peserta Felcra Kawasan Bukit Keladi Kemaman Berhad Kali Ke-36 itu disempurnakan oleh Pengarah Negeri Felcra Berhad, Negeri Terengganu, Zainal Abidin Alias.

WAN ABD AZIZ WAN OTHMAN

Hadir sama, Pengurus Kawasan Felcra Bukit Keladi Berhad, Abdul Mutalib Mohd Hanifah dan wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Marzuki Mamat.

Sementara itu, Zainal Abidin dalam ucapannya berkata, KPR Bukit Keladi Berhad  masih lagi relevan apabila dapat memberikan satu platform atau satu wadah kepada ahli untuk  sama-sama menjayakan program yang dianjurkan oleh koperasi itu.

“Salah satu daripada tujuh prinsip koperasi adalah meningkatkan ekonomi dan KPR Bukit Keladi Berhad terlibat dengan program-program ekonomi di projek kawasan Bukit Keladi.

ZAINAL ABIDIN ALIAS

Menurut beliau, kerja-kerja utama sedang dilaksanakan oleh KPR Bukit Keladi Berhad menerusi pembangunan bersama dengan Felcra Berhad.

Selain itu, dari segi membantu pembangunan KPR Bukit Keladi Berhad, Zainal Abidin memberitahu, Felcra Berhad telah menyediakan insentif yang bukan sahaja projek yang dimiliki KPR Bukit Keladi Berhad tetapi juga projek-projek di dalam kawasan Bukit Keladi.

“Sebarang pengeluaran hasil pihak KPR Bukit Keladi Berhad mendapat faedah termasuk disalurkan dalam bentuk dividen kepada ahli.

“Oleh kerana beberapa projek di kawasan Bukit Keladi sekarang ini mengalami proses tanam semula, maka insentif tersebut agak berkurangan tapi masih lagi merupakan Koperasi Peserta Peserta Felcra terbesar yang menerima insentif,” ujarnya.

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Koperasi, Koperasi Peserta Peserta Felcra Kawasan Bukit Keladi Kemaman Berhad (KPR) bagi penggal ke 36 / 2025.

1) Wan Abd Aziz Wan Othman (Pengerusi)
2) Tuan Sharifah Hadzrah Syed Sidek (Setiausaha)
3) Sharipah Nordasela Syed Adnan (Bendahari)
4) Shamshul Hazmi Udin
5) Abd. Jabar Abd. Manan
6) Nazri Ismail
7) Nor Lelawati Mat Soh
9) Mariani Mohamad @ Saras
8) Mohd Ruzilan Abdullah

– Suara Timur

Related Posts