Negara Politik

RM200 juta diluluskan untuk kerja hakisan di Terengganu

KUALA BERANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM200 juta bagi membantu menyegerakan kerja-kerja berkaitan hakisan pantai di Terengganu.

Perdana Menteri menjelaskan kelulusan segera diberikan sebaik saja Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membangkitkan perkara itu kepada beliau.

Katanya, ucapan tahniah perlu diberikan kepada jabatan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyegerakan projek menyelamatkan pantai daripada hakisan ini.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.

“Jadi…perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku ….

“Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan,” katanya berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, di sini, hari ini.

Related Posts