Home NasionalTerengganu sambut kemasukan 22,213 murid baharu

Terengganu sambut kemasukan 22,213 murid baharu

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Seramai 22,213 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di 352 sekolah kebangsaan di seluruh negeri tahun ini.

Selain itu, seramai 9,528 kanak-kanak berusia enam tahun mendaftarkan diri untuk mengikuti pra persekolahan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas berkata, urusan pendaftaran kemasukan sekolah untuk murid tahun satu dan prapersekolahan berjalan lancar.

“Tiada sesi pembelajaran diadakan pada minggu pertama dan semua murid akan mengikuti sesi suai kenal,” katanya ketika mengadakan sesi libat urus pembukaan sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, di sini, hari ini.

banner

Pada sesi itu, Zainal yang diiringi Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed, meluangkan masa kira-kira setengah jam bermesra dengan murid dan ibu bapa murid.

Ketika mengulas rungutan ibu bapa mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Zainal berkata, bantuan kepada semua murid dan pelajar berjumlah RM150 seorang akan diagihkan bermula hari ini atau esok.

“Peruntukan BAP sudah disalurkan kepada semua Jabatan Pendidikan di seluruh negara dan kita dimaklumkan bantuan itu akan diselesaikan minggu ini,” katanya. – Metro

Tinggalkan komen