Home NegeriPerhilitan siasat lelaki beri tapir makan

Perhilitan siasat lelaki beri tapir makan

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

DUNGUN : “Niat memberi makan kepada tapir makan memang baik, namun tidak bagus untuk hidupan liar.”

Itulah komen  Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong terhadap seorang lelaki yang memberi makan kepada beberapa ekor tapir di Kampung Rantau Abang, di sini, kelmarin.

Beliau yang mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan lelaki tersebut selepas membuat siaran langsung ketika memberi makan kepada hidupan liar itu.

banner

“Anggota Perhilitan Daerah Dungun telah melakukan siasatan mengenai kes ini dan lelaki itu telah diberi amaran untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Difahamkan, lelaki itu juga beberapa kali membuat siaran langsung ketika memberi makan buah-buahan  kepada hidupan liar tersebut, dipercayai untuk menarik tontonan ramai. – Suara Timur

Tinggalkan komen