MUAR – Pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah membuat laporan palsu dan bersubahat berhubung kehilangannya Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu.
Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya.
Mahkamah memutuskan Ija boleh dipenjara tiga bulan manakala Tengku Aziz enam bulan jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.
Kedua-dua beradik itu berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat. – Kosmo