Politik

‘Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’

KUALA TERENGGANU: Para lantikan politik Pas Terengganu begitu galak mengulas berkaitan permintaan kerajan Pulau Pinang menambah peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

Lantikan politik itu ghariah memberi komen memburuk-buruk Pulau Pinang apabila meminta peruntukan tambahan itu.

Mereka ‘terlupa’ sebenarnya keadaan kewangan di negeri Pulau Pinang itu  sebenarnya masih belum sekritikal Terengganu.

Tujuan nak buruk-burukkan kerajaan Pulau Pinang tetapi tanpa sedar Terengganu lagi buruk. Memalukan.

Media pada 19 Mei lalu melaporkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM65.27 juta sehingga 31 Mac lepas selepas kerajaan negeri memperoleh pendapatan RM268.46 juta, melebihi perbelanjaan sebanyak RM203.18 juta.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.54 bilion merangkumi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM199.22 juta dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1.34 bilion setakat 30 April lepas.

“Penyata kewangan bagi 2024 (belum diaudit) menunjukkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.38 bilion berbanding RM1.46 bilion pada 2023 merangkumi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM155.94 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1.23 bilion.

“Akaun Hasil Disatukan pula menurun sebanyak RM174 juta berbanding 2023 manakala Akaun Amanah Disatukan meningkat RM92.79 juta berbanding 2023,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sementara itu, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang diunjurkan mengalami penurunan hasil negeri (inland revenue)

Memetik tulisan di page Facebook Greater Terengganu Development, penurunan hasil Terengganu itu dapat dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 dan Belanjawan Negeri-negeri 2025.

“Berbeza dengan negeri jiran seperti Pahang yang mengalami kenaikan 174% hasil negeri, kita pula mengunjurkan penurunan pendapatan hasil negeri sebanyak -7% dalam tempoh sama.

“Pulau Pinang pula berada di kedudukan kedua terendah di Malaysia selepas kita. Namun masih mengunjurkan kenaikan hasil 9.18%

“Prestasi janaan hasil negeri (inland revenue) adalah indikator utama prestasi kewangan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hasil usaha kerajaan negeri itu sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat,” katanya.

Greater Terengganu Development menulis,
adalah amat janggal di saat Terengganu mempunyai ramai lantikan-lantikan politik berbanding negeri lain, tetapi hasil kita pula merosot.

“Kerajaan negeri wajib melihat keperluan perjawatan tidak perlu seperti ini bagi mengurangkan kos operasi negeri sekaligus dapat mengoptimumkan hasil. – Suara Timur

Related Posts