Home PolitikPH rangka strategi hadapi PRN tiga negeri

PH rangka strategi hadapi PRN tiga negeri

oleh suara timur

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) sudah memulakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak termasuk membuat kajian serta penilaian strategi menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa pilihan raya itu akan membuat persiapan lapangan dan merangka strategi bagi menghadapi PRN berkenaan.

Katanya, salah satu yang akan dipertimbangkan adalah kemungkinan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“Pada minggu lepas saya telah mempengerusikan mesyuarat di peringkat sekretariat. Kami sudah pun mengadakan pusingan awal dan telah meminta supaya Jawatankuasa Pilihan Raya di bawah PH untuk membuat satu persiapan lapangan.

banner

“Serba-serbilah, kita akan melihat daripada sudut strategi memasuki pilihan raya ini, adakah mengikut kerjasama seperti model Kerajaan Perpaduan sekarang di mana BN dan PH itu bergabung di bawah satu kerajaan,” katanya selepas melawat tapak Projek Pusat Kemudahan Perniagaan KEDA di Jalan Langgar, di sini hari ini.

Kata beliau, kajian dan penilaian strategi itu akan disiapkan dalam tempoh satu hingga dua bulan. – Kosmo

Tinggalkan komen