PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memanggil pihak penganjur Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu susulan insiden kekecohan melibatkan penyokong ketika perlawanan antara Tanjung Sabtu FC dan Paya Datu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Rabu lalu.
Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada penganjur memandangkan kejohanan tersebut tidak berada di bawah kelolaan PBSNT.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, insiden berkenaan sepatutnya turut dilaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan sekali gus memastikan perlakuan keganasan di tempat awam dapat dicegah.
Sebelum ini, liga berkenaan kecoh apabila segelintir penyokong bertindak membaling mercun ke arah padang dan menyalakan suar di stadium.
Situasi panas tersebut memaksa aksi dihentikan pada minit ke-82 dengan pengadil serta pemain berlari meninggalkan padang bagi menyelamatkan diri.
Insiden kekecohan itu tular di media sosial selepas rakaman video berdurasi 21 saat dikongsi pengguna Facebook sejak Khamis.
“Walaupun perlawanan itu bukan di bawah kelolaan PBSNT, kita akan memanggil pihak penganjur untuk membentangkan laporan terperinci sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Pada masa sama, mana-mana pihak yang menganjurkan kejohanan bola sepak dinasihatkan agar memperkasakan SOP perlawanan serta memperketat kawalan keselamatan ketika memasuki stadium,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, insiden berkenaan sepatutnya turut dilaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan sekali gus memastikan perlakuan keganasan di tempat awam dapat dicegah.
Sebelum ini, liga berkenaan kecoh apabila segelintir penyokong bertindak membaling mercun ke arah padang dan menyalakan suar di stadium.
Situasi panas tersebut memaksa aksi dihentikan pada minit ke-82 dengan pengadil serta pemain berlari meninggalkan padang bagi menyelamatkan diri.
Insiden kekecohan itu tular di media sosial selepas rakaman video berdurasi 21 saat dikongsi pengguna Facebook sejak Khamis. – Sinar Harian