BESUT: “Saya rela pakai topeng setiap kali keluar rumah kerana tak sanggup tengok pandangan orang.”
Demikian luahan seorang nelayan, Muhamad Faizol Abdullah, 38, yang diuji dengan kanser muka tahap empat atau right cheek rhabdomyosarcoma sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, sebelum disahkan menghidap kanser, dia menyedari terdapat ketumbuhan kecil di tepi hidung kanannya.
“Waktu itu saya anggap ia mungkin ketumbuhan biasa sahaja, tapi selepas diperiksa, saya disahkan menghidap kanser muka dan kini telah berada di tahap empat.
“Bengkak di muka saya makin hari makin membesar. Hidung, mulut dan mata kanan saya pula terjejas teruk.
“Wajah saya berubah sepenuhnya dan saya sendiri tak sanggup nak pandang cermin, apatah lagi membiarkan wajah saya dilihat orang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, pada Ahad.

“Saya masih menjalani rawatan kimoterapi dan perlu ulang-alik ke empat hospital iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Hospital Setiu dan Hospital Besut.
“Hospital dah jadi macam rumah kedua, namun isteri saya tak pernah tinggalkan saya seorang. Dia sentiasa ada walaupun penat dan terpaksa korbankan masa bekerja,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga hilang selera makan dan berat badannya menyusut secara drastik daripada 80 kilogram kepada hanya 58 kilogram.
Sebelum ini, Faizol yang tinggal di Kampung Benting Lintang di sini sering turun ke laut untuk mencari rezeki, namun kini dia tidak dapat bekerja dan hanya tinggal di rumah.
Bagaimanapun, disebabkan bebanan kos rawatan, dia terpaksa menjual bot gentian kaca yang sebelum ini menjadi sumber rezekinya sebagai nelayan.
Sementara itu, isterinya, Nur Salmimi Mahmad Zulkepli, 33, berkata, mereka kini bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), serta gajinya sebagai pembantu tukang masak.
“Saya bekerja secara tidak menentu, kadang-kadang seminggu sahaja dalam sebulan sebab perlu temankan suami ke hospital.
“Saya akui memang rasa agak penat kerana perlu uruskan rumah dan anak-anak lagi, tapi saya reda, asalkan dapat jaga dia dan berusaha untuk berikan yang terbaik saat dia diuji begini,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi keluarga ini di talian 011-12961087 (Nur Salmimi). – Sinar Harian