KUALA TERENGGANU: Tradisi pembuatan hidangan warisan istana, nasi buli atau nasi kebuli kini diteruskan oleh seorang warga emas di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, di sini.
Endon Embong, 66, berkata, resipi turun-temurun juadah itu diwarisi daripada bapanya, Allahyarham Embong Ismail sejak 1970-an.
Menurut Endon, bapanya yang meninggal dunia pada 2023, merupakan tukang masak istana satu ketika dahulu dan sering menyediakan sajian eksklusif itu untuk golongan bangsawan.
“Nasi buli ni sama macam nasi dagang, tapi rempahnya berbeza. Ada ketumbar, jintan manis, buah keras dan gabungan 11 bahan tradisi yang tak ramai orang tahu,” katanya ketika ditemui pemberita sempena jamuan rumah terbuka Kampung Tanjung Sabtu di sini pada Jumaat.
Endon memberitahu, pada jamuan itu dia menyediakan satu gantang beras iaitu kira-kira empat kilogram (kg) untuk memasak nasi buli yang boleh dihidangkan kepada 80 tetamu yang datang.
“Jika memasak dua gantang, cukup untuk lebih 200 orang tetamu.
“Kalau waktu raya, kami akan masak antara 10 hingga 18 kg beras pulut, dari raya pertama sampai ke raya keempat.
“Biasanya, nasi buli ini dimakan bersama gulai ikan aya (tongkol), ayam gulai, daging goreng, daging gulai dan ikan masin,” ujar ibu kepada tujuh anak itu.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Osman Awang, 79, turut berkongsi resipi turun-temurun itu kepada anak-anak bagi memastikan warisan itu tidak pupus ditelan zaman.
Selain nasi buli, lemang periuk kera turut menjadi antara juadah tumpuan pada jamuan tersebut.
Rosmala Hasan, 56, berkata, juadah itu hanya dihidangkan pada majlis tertentu terutama pada jamuan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, bahan utama lemang itu adalah beras pulut yang dimasak dalam kelongsong tumbuhan unik dikenali sebagai periuk kera diperoleh dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.
“Biasanya lemang ini dimasak di rumah kakak ipar saya kerana periuk kera yang menjadi bahan utama masakan mudah didapati di sana,” jelasnya.
Tradisi jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kampung itu telah bermula sejak 2018, dengan lebih 40 menu disediakan oleh penduduk kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sabtu, Mohd Fauzi Mustafa berkata, penduduk biasanya menyenaraikan juadah yang ingin dibawa ke lokasi jamuan bagi mengelak pertindihan. – Sinar Harian
KUALA TERENGGANU – Tradisi pembuatan hidangan warisan istana, nasi buli atau nasi kebuli kini diteruskan oleh seorang warga emas di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, di sini.
Endon Embong, 66, berkata, resipi turun-temurun juadah itu diwarisi daripada bapanya, Allahyarham Embong Ismail sejak 1970-an.
Menurut Endon, bapanya yang meninggal dunia pada 2023, merupakan tukang masak istana satu ketika dahulu dan sering menyediakan sajian eksklusif itu untuk golongan bangsawan.
“Nasi buli ni sama macam nasi dagang, tapi rempahnya berbeza. Ada ketumbar, jintan manis, buah keras dan gabungan 11 bahan tradisi yang tak ramai orang tahu,” katanya ketika ditemui pemberita sempena jamuan rumah terbuka Kampung Tanjung Sabtu di sini pada Jumaat.
Endon memberitahu, pada jamuan itu dia menyediakan satu gantang beras iaitu kira-kira empat kilogram (kg) untuk memasak nasi buli yang boleh dihidangkan kepada 80 tetamu yang datang.
“Jika memasak dua gantang, cukup untuk lebih 200 orang tetamu.
“Kalau waktu raya, kami akan masak antara 10 hingga 18 kg beras pulut, dari raya pertama sampai ke raya keempat.
“Biasanya, nasi buli ini dimakan bersama gulai ikan aya (tongkol), ayam gulai, daging goreng, daging gulai dan ikan masin,” ujar ibu kepada tujuh anak itu.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Osman Awang, 79, turut berkongsi resipi turun-temurun itu kepada anak-anak bagi memastikan warisan itu tidak pupus ditelan zaman.
Selain nasi buli, lemang periuk kera turut menjadi antara juadah tumpuan pada jamuan tersebut.
Rosmala Hasan, 56, berkata, juadah itu hanya dihidangkan pada majlis tertentu terutama pada jamuan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, bahan utama lemang itu adalah beras pulut yang dimasak dalam kelongsong tumbuhan unik dikenali sebagai periuk kera diperoleh dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.
“Biasanya lemang ini dimasak di rumah kakak ipar saya kerana periuk kera yang menjadi bahan utama masakan mudah didapati di sana,” jelasnya.
Tradisi jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kampung itu telah bermula sejak 2018, dengan lebih 40 menu disediakan oleh penduduk kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sabtu, Mohd Fauzi Mustafa berkata, penduduk biasanya menyenaraikan juadah yang ingin dibawa ke lokasi jamuan bagi mengelak pertindihan.