{"id":9999,"date":"2026-01-03T18:33:19","date_gmt":"2026-01-03T10:33:19","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9999"},"modified":"2026-01-03T18:35:43","modified_gmt":"2026-01-03T10:35:43","slug":"pemuda-umno-tolak-rampas-kuasa-tebuk-atap-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9999","title":{"rendered":"Pemuda UMNO tolak rampas kuasa, &#8216;tebuk atap&#8217; Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menolak sebarang usaha merampas kuasa dan &#8216;menebuk atap&#8217; sehingga mengakibatkan kerajaan sedang memimpin negara ketika ini tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bagaimanapun mahu dan menggesa partinya menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan tindakan itu &#8211; jika diambil UMNO &#8211; tidak akan menyebabkan kerajaan sedia ada runtuh berikutan ia mempunyai sokongan kira-kira 153 Ahli Parlimen ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Biarlah kita setapak ke belakang untuk melihat jauh pada masa akan datang. Ahli Parlimen yang hadir ini takutkah menjadi Ahli Parlimen pembangkang?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita tak nak merampas kuasa dari pintu belakang. Kamu pimpinlah negara ini, kita jadilah pembangkang setahun dua tahun ini&#8230; kita kuatkan semula orang Melayu,&#8221; katanya ketika berucap pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Muhamad Akmal sekali gus menggesa UMNO untuk segera membentuk penyatuan dengan PAS yang berpaksikan kepada komitmen menjaga serta melindungi agama dan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menekankan bahawa penyatuan Melayu serta ummah itu perlu dijayakan, bermula dengan penggabungan dua parti Melayu yang terbesar di negara ini, iaitu UMNO dan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka, sudah tiba masanya untuk penyatuan orang Melayu di tanah air kita. Penyatuan ini mestilah dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebab kalau parti kecil campur yang besar, tidak boleh jadi&#8230; betul tak? Orang Melayu akan tetap berpecah. Jadi, dua parti terbesar ini ialah UMNO dan PAS&#8230; mesti menjadi pelopor utama penyatuan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya percaya dengan penyatuan UMNO-PAS, insya-Allah, orang Melayu akan kembali bertaut dan bersatu semula,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal meminta pimpinan parti khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendengar suara akar umbi demi memastikan maruah UMNO tidak terus dicabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Pemuda UMNO akan membawa pendirian dari konvensyen khas, hari ini &#8211; mahu penyatuan Melayu dimulakan segera antara UMNO dengan PAS dan UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan &#8211; ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadualkan berlangsung bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Insya-Allah, (pendirian) kita diabsahkan dalam PAU. Insya-Allah, impian kita untuk melihat Melayu bersatu, kita keluar daripada kerajaan ini, akan terlaksana,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menolak sebarang usaha merampas kuasa dan &#8216;menebuk atap&#8217; sehingga mengakibatkan kerajaan sedang memimpin negara ketika ini tumbang. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bagaimanapun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9998,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[567,2707,1933,2706,54],"class_list":["post-9999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal","tag-atap","tag-pemuda","tag-tebuk","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10000,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9999\/revisions\/10000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9998"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}