{"id":9987,"date":"2026-01-02T19:50:03","date_gmt":"2026-01-02T11:50:03","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9987"},"modified":"2026-01-02T19:50:57","modified_gmt":"2026-01-02T11:50:57","slug":"jenazah-mangsa-lemas-kedua-selamat-dikebumikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9987","title":{"rendered":"Jenazah mangsa lemas kedua selamat dikebumikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>DUNGUN: Jenazah Mohd Fazir Shafie, 37, mangsa lemas kedua di Pantai Sura Tengah di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir kira-kira pukul 3 petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mayat Mohd Fazir ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam jam 12.35 tengah malam tadi dalam keadaan terdampar di tepi pantai berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejurus ditemukan, jenazah Mohd Fazir dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi untuk urusan bedah siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Balai Besar untuk disolatkan sejurus selesai solat Jumaat sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk kampung turut berada di tanah perkuburan untuk memberikan penghormatan terakhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah Mohd Fazir dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya Nor Baizura Shafie, 39 tahun yang juga mangsa lemas pertama yang ditemukan pasukan SAR jam 10.54 pagi semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir, ketika dihubungi berkata, mayat Mohd Fazir ditemukan pada jarak kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian pada 10.27 pagi semalam, Mohd Fazir dikatakan cuba menyelamatkan kakaknya, Nor Baizura Shafie, 39 tahun, yang lemas ketika mandi di pantai berkenaan sebelum kedua-dua mereka hanyut dibawa arus ke tengah laut.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Nor Baizura pada 10.54 pagi semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum kejadian dua beradik itu dikatakan ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 13 ahli keluarga mereka. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN DUNGUN: Jenazah Mohd Fazir Shafie, 37, mangsa lemas kedua di Pantai Sura Tengah di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir kira-kira pukul&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9986,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2704,637,64,1091],"class_list":["post-9987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-fazir","tag-kebumi","tag-lemas","tag-mangsa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9987"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9988,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9987\/revisions\/9988"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9986"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}