{"id":9984,"date":"2026-01-02T14:01:41","date_gmt":"2026-01-02T06:01:41","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9984"},"modified":"2026-01-02T14:02:10","modified_gmt":"2026-01-02T06:02:10","slug":"pas-sahkan-akan-terajui-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9984","title":{"rendered":"Pas sahkan akan terajui PN"},"content":{"rendered":"\n<p>MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN baharu akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,&#8221; katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi berkata Pas mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Ahli Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya kemungkinan beliau akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita dalam keadaan keuzuran, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan, yang pasti pengerusi gabungan itu adalah kalangan pemimpin Pas,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, hubungan antara Pas dan Bersatu masih baik walaupun Muhyiddin dan beberapa pengerusi PN di beberapa negeri mengumumkan meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi berkata, hubungan antara Pas dan Bersatumasih baik walaupun Muhyiddin dan beberapa pengerusi PN di beberapa negeri mengumumkan meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selasa lalu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa semalam &#8211; 1 Januari 2026, selepas lima tahun menerajui gabungan itu, susulan krisis politik di Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan tindakan beliau, empat pemimpin kanan PN turut mengumumkan peletakan jawatan mereka, termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Pengerusi PN Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam. Beliau berkata&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9983,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[147,2703,82,515],"class_list":["post-9984","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-hadi","tag-ketuai","tag-pas","tag-pn"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9984","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9984"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9984\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9985,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9984\/revisions\/9985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9983"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9984"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9984"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9984"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}