{"id":9975,"date":"2026-01-02T12:10:48","date_gmt":"2026-01-02T04:10:48","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9975"},"modified":"2026-01-02T12:11:34","modified_gmt":"2026-01-02T04:11:34","slug":"titi-gantung-runtuh-lebih-50-tetamu-kenduri-kahwin-jatuh-sungai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9975","title":{"rendered":"Titi gantung runtuh, lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh sungai"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA KRAI: Suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p><br>Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.<\/p>\n\n\n\n<p>Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya dimaklumkan semasa kejadian lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu dalam masa yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rombongan pengantin lelaki dari Pasir Puteh ingin pulang manakala tetamu daripada pengantin wanita pula baru sampai ke kenduri,&#8221; katanya ketika dihubungi pada Jumaat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut panggilan kecemasan telah dibuat dan empat buah ambulans datang ke lokasi.<br><br>Ujarnya, dua dari Hospital Sultan Ismail Petra manakala selebihnya daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Zaki memberitahu, kesemua mangsa yang cedera di bawa ke hospital dan sehingga Jumaat hanya lelaki yang mengalami patah kaki masih ditahan untuk menerima rawatan manakala selebihnya telah dibenarkan pulang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya dimaklumkan kanak-kanak yang mengalami cedera di kepala telah menerima beberapa jahitan,&#8221; &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA KRAI: Suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2701,2700],"class_list":["post-9975","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-gantung-runtuh","tag-titi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9975","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9975"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9976,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9975\/revisions\/9976"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}