{"id":9943,"date":"2025-12-30T20:56:32","date_gmt":"2025-12-30T12:56:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9943"},"modified":"2025-12-30T20:57:13","modified_gmt":"2025-12-30T12:57:13","slug":"4-pengerusi-pn-negeri-ikut-jejak-muhyiddin-lepas-jawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9943","title":{"rendered":"4 Pengerusi PN negeri ikut jejak Muhyiddin lepas jawatan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Empat Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) negeri mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini, mengikut jejak langkah terdahulu diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan Pengerusi PN Pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Pengerusi PN Selangor, yang turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN berkuat kuasa Khamis ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Peletakan jawatan itu diumumkan Mohamed Azmin melalui kenyataan di Facebook, beberapa jam selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya dalam PN pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga lagi Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri yang mengambil langkah sama ialah Datuk Seri Faizal Azumu Perak); Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mengambil perhatian pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama,&#8221; kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ahmad Faizal, Dr Sahruddin dan Mohamad Hanifah masing-masing berkata mereka mengambil keputusan kerana kuasa melantik jawatan mereka adalah bidang kuasa Pengerusi PN sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya, mereka membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada kepemimpinan baharu PN di negeri masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Peletakan jawatan ini dipercayai susulan kepada kemelut politik di Perlis yang menyaksikan pertukaran kepemimpinan Menteri Besar daripada Paa kepada Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia susulan tindakan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Perlis untuk menarik kepercayaan kepada Mohd Shukri Ramli selaku Menteri Besar ketika itu<\/p>\n\n\n\n<p>Selain lima ADUN Bersatu, tiga lagi membabitkan wakil rakyat Paa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Pas menawarkan kesediaannya untuk menerajui PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata hasrat itu bertujuan memperkasa organisasi dan sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;PAS menyeru semua pihak supaya bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap PN,&#8221; katanya melalui kenyataan, hari ini. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Empat Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) negeri mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini, mengikut jejak langkah terdahulu diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan Pengerusi PN&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[927,926,2695,1301,515],"class_list":["post-9943","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-jawatan","tag-letak","tag-neger","tag-pengerusi","tag-pn"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9943","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9943"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9943\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9944,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9943\/revisions\/9944"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9943"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9943"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}