{"id":9915,"date":"2025-12-29T16:21:23","date_gmt":"2025-12-29T08:21:23","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9915"},"modified":"2025-12-29T16:22:15","modified_gmt":"2025-12-29T08:22:15","slug":"dua-maut-enam-cedera-mpv-terbabas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9915","title":{"rendered":"Dua maut, enam cedera MPV terbabas"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>DUNGUN: Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Dungun, Terengganu pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi tadi di Kilometer 3, Jalan Paka &#8211; Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Paka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kemalangan itu, Muhammad Asyraf Mohd Zahir, 21 tahun dan warga Pakistan, Siraj Norman, 27 tahun, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, enam lagi mangsa termasuk seorang warga tempatan berumur antara 30 hingga 40 tahun dalam kenderaan itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kejadian kesemua mangsa sedang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Nyior ke Santung, Paka untuk melakukan kerja-kerja projek pendawaian elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejurus tiba di lokasi kejadian, MPV terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang tiang lampu.<\/p>\n\n\n\n<p>Enam mangsa di dalam kenderaan itu berjaya di bawa keluar oleh orang awam manakala dua mangsa lagi tersepit di dalam kenderaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua mangsa yang tersepit berjaya di bawa keluar oleh sepasukan anggota bomba kira-kira 15 minit sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu. Kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.<\/p>\n\n\n\n<p>Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN DUNGUN: Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Dungun, Terengganu pagi tadi.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[405,97,99],"class_list":["post-9915","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-dua","tag-kemalangan","tag-maut"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9915"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9916,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9915\/revisions\/9916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}