{"id":9722,"date":"2025-12-20T09:07:02","date_gmt":"2025-12-20T01:07:02","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9722"},"modified":"2025-12-20T09:11:33","modified_gmt":"2025-12-20T01:11:33","slug":"telaga-tujuh-puteri-khazanah-senyap-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9722","title":{"rendered":"Telaga Tujuh Puteri \u2018khazanah senyap\u2019 Kelantan"},"content":{"rendered":"\n<p>GUA MUSANG: Suasananya yang dikelilingi batu granit besar dan aliran air yang menenangkan menjadikan ruang ini seolah-olah sebuah sudut semula jadi yang tertutup dari dunia luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pengunjung, Nur Natasya Amira Che Mat Zaid, 25, Telaga Tujuh Puteri bukan sekadar lokasi persinggahan, tetapi menjadi tempat yang sentiasa memberikan pengalaman berbeza setiap kali dikunjungi terutama ketika masuk ke dalam telaga sedalam kira-kira semeter itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan pertamanya pada 27 September 2023 bermula ketika mendaki Gunung Baha, Ayam dan Stong tanpa mengetahui langsung kewujudan telaga itu sebelum menemuinya sendiri.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertama kali saya sampai, rasa terpegun, suasana sangat tenang dan penat mendaki terus hilang.<br \/><br \/>\u201cApabila masuk ke dalam telaga yang muat-muat seorang untuk mandi, sangat segar,\u201d katanya yang mengetahui tentang telaga itu selepas ia kerap muncul dalam paparan cadangan (FYP) TikTok.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"400\" height=\"268\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3377351811404717640817848.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-9726\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3377351811404717640817848.webp 400w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3377351811404717640817848-300x201.webp 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/3377351811404717640817848-263x175.webp 263w\" sizes=\"(max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">KAWASAN riadah yang mampu mengembalikan tenaga selepas mendaki.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurutnya, air telaga yang sangat jernih sehingga menampakkan batu dasar menjadi tarikan utama selain bunyi yang menenangkan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Suasana itu membuatkan mandi-manda di kawasan berkenaan menjadi satu pengalaman yang sukar didapati di tempat lain.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi mengenai perjalanan, dia melalui trek ke Kem Baha sebagai pendaki pertama kali dengan anggaran dua jam pendakian, namun diingatkan berhati-hati terutama selepas hujan kerana batu di sekitar telaga mudah menjadi licin.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWajib pakai kasut yang sesuai sebab batu boleh jadi licin.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPaling penting, jaga adab bila masuk hutan, jangan buang sampah, jangan rosakkan apa-apa,\u201d tegasnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Saiz, kedalaman berbeza<\/strong><br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk, Nik Ali Nik Muhammad, 34, berkata, tujuh kolam ini terbentuk secara alami hasil hakisan air sejak ratusan tahun dahulu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Setiap telaga mempunyai saiz dan kedalaman berbeza dan hanya dua daripadanya biasa dimasuki pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"400\" height=\"268\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/33773526456672686286240523.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-9727\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/33773526456672686286240523.webp 400w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/33773526456672686286240523-300x201.webp 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/33773526456672686286240523-263x175.webp 263w\" sizes=\"(max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">KAWASAN berlubang adalah salah satu telaga yang ada di Telaga Tujuh Puteri.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap telaga berbeza bentuk, ada yang kecil sekadar muat seorang, ada yang lebih luas sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDua sahaja telaga yang selamat dimasuki kerana airnya tenang,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Nik Ali berkata, risiko paling besar ialah jika cuaca tidak menentu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila hujan, tak digalakkan masuk sebab kita tak akan tahu jika kepala air datang,\u201d jelasnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun menjadi lokasi persinggahan popular pendaki sejak 1980-an, kawasan ini tidak berubah. Bentuk telaga masih sama, airnya tetap jernih dan persekitarannya kekal semula jadi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik keindahan fizikalnya, masyarakat tempatan turut menyimpan pesan lama yang masih diamalkan hingga kini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengatakan kawasan itu \u2018bertuan\u2019, justeru pengunjung diingatkan menjaga adab.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang lama pesan, jangan kencing dalam telaga,\u201d ujar Nik Ali ringkas memberi gambaran satu pantang yang menzahirkan penghormatan terhadap alam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Melihat perubahan ekopelancongan Dabong semakin mendapat perhatian luar, Nik Ali yang juga pemandu pelancong itu turut berharap Telaga Tujuh Puteri akan terkenal di mata pencinta alam semula jadi. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GUA MUSANG: Suasananya yang dikelilingi batu granit besar dan aliran air yang menenangkan menjadikan ruang ini seolah-olah sebuah sudut semula jadi yang tertutup dari dunia luar. Bagi pengunjung, Nur Natasya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9725,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2657,2656,1831,988],"class_list":["post-9722","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-dabong","tag-puteri","tag-telaga","tag-tujuh"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9722","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9722"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9722\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9728,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9722\/revisions\/9728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9725"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}