{"id":9658,"date":"2025-12-17T11:59:56","date_gmt":"2025-12-17T03:59:56","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9658"},"modified":"2025-12-17T13:53:44","modified_gmt":"2025-12-17T05:53:44","slug":"lelaki-cedera-terkena-parang-dilibas-sendiri-ketika-cari-kayu-gaharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9658","title":{"rendered":"Lelaki cedera terkena parang dilibas sendiri ketika cari kayu gaharu"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>DUNGUN: Seorang lelaki cedera terkena parang dilibasnya sendiri ketika mencari kayu gaharu di hutan berdekatan rumahnya di Kampung Serdang, Dungun, Terengganu, petang kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu,&nbsp; mangsa dan rakannya berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam satu operasi mencari dan menyelamat selama hampir dua jam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharizal Shamsudin berkata mangsa berusia 39 tahun itu dikatakan pergi ke hutan bersama rakannya untuk mencari kayu gaharu kira-kira pada pukul 8 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Sharizal, ketika sedang memotong kayu, parang digunakan mangsa terlibas dan terkena kaki kanannya sehingga cedera teruk di mana mangsa tidak berupaya berjalan untuk keluar dari hutan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sharizal berkata, bomba menerima panggilan dari rakan mangsa pukul 7.30 petang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pukul 8 malam dengan kekuatan seramai 15 anggota bomba.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharizal, pihaknya terpaksa menggunakan sebuah bot untuk ke kaki bukit hutan berkenaan sebelum berjaya membawa turun mangsa sejauh hampir 300 meter.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa mengalami pendarahan agak teruk terpaksa diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum di bawa keluar dari hutan berkenaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, mangsa bersama rakannya berjaya di bawa keluar dari hutan berkenaan pukul 9.50 minit malam tadi dan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk menerima rawatan. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN DUNGUN: Seorang lelaki cedera terkena parang dilibasnya sendiri ketika mencari kayu gaharu di hutan berdekatan rumahnya di Kampung Serdang, Dungun, Terengganu, petang kelmarin. Dalam kejadian pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9657,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[381,2644,2645],"class_list":["post-9658","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-cedera","tag-dilibas","tag-parang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9658"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9660,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9658\/revisions\/9660"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9657"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}