{"id":9651,"date":"2025-12-16T21:51:14","date_gmt":"2025-12-16T13:51:14","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9651"},"modified":"2025-12-16T21:52:15","modified_gmt":"2025-12-16T13:52:15","slug":"tangan-misteri-palsukan-dokumen-gagal-dikesan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9651","title":{"rendered":"&#8216;Tangan misteri&#8217; palsukan dokumen gagal dikesan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan<br \/>Bebas (IIC) yang ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengesahkan individu yang bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dirumuskan dalam laporan siasatan IIC yang menyiasat isu berkenaan dengan jawatankuasa terbabit dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan siasatan IIC setebal 59 muka surat yang didedahkan, hari ini mendakwa berlaku kelemahan dalam sistem pentadbiran FAM hingga menyebabkan isu berkenaan berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>IIC turut mencadangkan FAM segera membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan penuh dan sewajarnya serta mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;IIC tidak dapat menentukan secara muktamad siapa memalsukan dokumen-dokumen yang dipertikaikan. Ia disebabkan oleh Notari Awam yang membuat pengesahan tidak memberikan kerjasama dan ejen bagi tujuh pemain terbabit tidak dapat dikesan walaupun usaha yang munasabah sudah dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang jelas adalah kegagalan serius daripada segi pengawasan, usaha wajar dan kawalan pentadbiran dalam pengurusan FAM yang membolehkan insiden ini berlaku tanpa pengesanan atau campur tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;FAM dinasihatkan supaya segera membuat laporan polis, mengambil tindakan tatatertib dalaman yang sewajarnya di mana berlaku kegagalan pemantauan serta melaksanakan pembaharuan struktur seperti yang disyorkan oleh IIC.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tindakan ini penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang serta memulihkan kredibiliti dan integriti operasi FAM,&#8221; menurut laporan IIC.<\/p>\n\n\n\n<p>Bulan lalu, Jawatankuasa Rayuan FIFA melalui laporan setebal 64 muka surat memperincikan sepenuhnya alasan badan induk bola sepak dunia itu menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.<\/p>\n\n\n\n<p>FIFA sebelum ini mengenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) ke atas FAM, manakala setiap terbabit didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung selama 12 bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>FAM sebelum ini mengesahkan sudah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman yang dikenakan&nbsp;oleh&nbsp;FIFA. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jawatankuasa SiasatanBebas (IIC) yang ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengesahkan individu yang bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Perkara itu dirumuskan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9650,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[2642,2162,1626,484,2076],"class_list":["post-9651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-dokumen","tag-fam","tag-fifa","tag-pemain","tag-warisan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9652,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9651\/revisions\/9652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9650"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}