{"id":9602,"date":"2025-12-14T17:11:38","date_gmt":"2025-12-14T09:11:38","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9602"},"modified":"2025-12-14T17:13:34","modified_gmt":"2025-12-14T09:13:34","slug":"jheat-akan-panggil-wanita-ada-2-suami-untuk-pengesahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9602","title":{"rendered":"JHEAT akan panggil wanita ada 2 suami untuk pengesahan"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memanggil seorang wanita dan pasangannya yang didakwa terbabit dalam kes poliandri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia selepas wanita itu dilaporkan berkahwin dengan lelaki lain ketika masih berstatus isteri orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Agama dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pasangan itu yang kini menetap di Tanah Merah, Kelantan akan dipanggil bagi memudahkan proses pengesahan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya dimaklumkan JHEAT kini dalam proses mendapatkan pengesahan daripada pasangan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Insya-Allah, jika masa mengizinkan, mereka akan dipanggil hari ini untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Khalil berkata, penjelasan daripada pasangan itu adalah penting sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perkara ini membabitkan penyelarasan antara dua unit iaitu penguatkuasaan dan undang-undang keluarga Islam,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita mendakwa abangnya &#8216;dimadukan&#8217; oleh isterinya sejak setahun lalu dan didakwa berkahwin dengan suami keduanya di Songkhla, Thailand.<\/p>\n\n\n\n<p>Wanita dikenali Ekin Derahim mendedahkannya menerusi hantaran di Facebook (FB) dan memaklumkan kakak iparnya yang berasal dari Terengganu dan dilaporkan berkahwin ketika masih berstatus isteri kepada abangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dikatakan terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung &#8216;menangkap&#8217; wanita itu yang berada di rumah lelaki yang dikahwininya pada November tahun lalu lalu di Batu 11, Tanah Merah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada semalam juga mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud dilapor berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berkenaan. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memanggil seorang wanita dan pasangannya yang didakwa terbabit dalam kes poliandri. Ia selepas wanita itu dilaporkan berkahwin dengan lelaki lain ketika&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9601,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[405,342,2637,101],"class_list":["post-9602","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-dua","tag-isteri","tag-khalil","tag-suami"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9602"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9602\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9603,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9602\/revisions\/9603"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}