{"id":9306,"date":"2025-11-30T18:57:46","date_gmt":"2025-11-30T10:57:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9306"},"modified":"2025-11-30T18:58:32","modified_gmt":"2025-11-30T10:58:32","slug":"penuntut-universiti-warga-emas-antara-13-lelaki-ditahan-terlibat-aktiviti-songsang-di-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9306","title":{"rendered":"Penuntut universiti, warga emas antara 13 lelaki ditahan terlibat aktiviti songsang di Pulau Pinang"},"content":{"rendered":"\n<p>BUKIT MERTAJAM: Seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Daripada jumlah itu, antara yang ditangkap adalah warga emas dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti sauna dan hanya berpakaian dalam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, serbuan kira-kira jam 7 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama pasukan operasi pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sembilan lelaki tempatan dan dua warga asing berusia 19 hingga 66 tahun yang merupakan pelanggan premis berkenaan ditahan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 57 dan 59 tahun yang dipercayai pengusaha serta pekerja premis terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemeriksaan turut menemui kondom, minyak pelincir dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral tersebut,&#8221; katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, polis turut merampas telefon bimbit milik tangkapan yang mengandungi klip video lucah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siasatan mendapati premis perniagaan itu beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai tiga tingkat yang dilengkapi ruang rehat, sauna dan ruangan partisyen.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Premis berkenaan dijadikan tempat untuk kegiatan hubungan songsang itu dan ia dipercayai aktif sejak dua bulan lalu,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif manakala semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 373\/377B, Seksyen 377B dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959\/63.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesemua suspek direman enam hari sehingga 5 Disember bagi membantu siasatan,&#8221; ujarnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Polis turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sebarang aktiviti tidak bermoral bagi membolehkan tindakan tegas diambil. &#8211;&nbsp; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BUKIT MERTAJAM: Seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu. Daripada jumlah itu, antara yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9305,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[188,624,1677,2563,910],"class_list":["post-9306","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-emas","tag-hubungan","tag-penuntut","tag-songsang","tag-warga"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9306","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9306"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9307,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9306\/revisions\/9307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9305"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}