{"id":9208,"date":"2025-11-26T20:01:38","date_gmt":"2025-11-26T12:01:38","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9208"},"modified":"2025-11-26T20:02:47","modified_gmt":"2025-11-26T12:02:47","slug":"pkr-gesa-siasat-punca-kerosakan-berulang-projek-jalan-pantai-batu-rakit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9208","title":{"rendered":"PKR gesa siasat punca kerosakan berulang projek Jalan Pantai Batu Rakit"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menggesa kerajaan negeri melakukan siasatan berhubung kerosakan berulang melibatkan projek pemulihan Jalan Pantai Batu Rakit di Kuala Nerus.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangannya, Aiman Wan Alias berkata, kerosakan berulang menunjukkan ia bukan hanya melibatkan isu teknikal biasa, malah melibatkan kegagalan sistem pengurusan dan penyeliaan oleh kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKegagalan terhadap projek dana Persekutuan itu menggambarkan kelemahan dalam reka bentuk dan pengurusan, khususnya berkaitan dengan infrastruktur pesisir pantai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAudit forensik kejuruteraan perlu dilaksanakan ke atas projek tersebut melibatkan pakar geoteknikal, kejuruteraan pesisir pantai, bahan binaan dan penilaian risiko.<\/p>\n\n\n\n<p>\u200b\u201dAudit biasa tidak cukup kerana projek yang gagal dua kali memerlukan siasatan lebih mendalam dan profesional bagi mengesan punca sebenar kegagalan struktur,\u201d katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri disarankan mewujudkan pelan pesisir pantai Terengganu secara menyeluruh bagi memeta semula keadaan fizikal, risiko hakisan, ketahanan ombak dan status semua infrastruktur di pesisir pantai dengan analisis saintifik lengkap.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita turut menyarankan kerajaan melaksanakan reformasi projek berasaskan KPI dengan memperkenalkan mekanisme pengurusan berasaskan KPI kontrak (<em>Outcome-Based Contracting)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u200b\u201dKontraktor tidak lagi boleh dibayar hanya kerana projek siap secara fizikal, mereka mesti bertanggungjawab ke atas prestasi jangka panjang, ketahanan struktur dan keberkesanan hasil projek,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, \u200bAiman berkata, rakyat berhak mendapat projek yang selamat, berkualiti dan tahan lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u200b\u201dRuntuhan berulang adalah bukti bahawa kerajaan negeri gagal menyediakan sistem pemantauan dan reka bentuk yang berwibawa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerengganu memerlukan pendekatan yang lebih saintifik, lebih telus dan lebih profesional. Bukan alasan dan retorik,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, kerajaan negeri tidak boleh terus berlindung di sebalik alasan faktor semula jadi semata-mata tanpa menilai kelemahan dalam reka bentuk dan pengurusan projek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap projek pesisir pantai perlu direka bentuk berdasarkan penilaian risiko, ketahanan terhadap perubahan iklim dan standard kejuruteraan pesisir pantai moden,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahad lalu, tular di media sosial laluan berkenaan rosak sekali lagi selepas dilanda ombak besar dan angin kuat yang melanda ketika Monsun Timur Laut (MTL).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini, kerja-kerja membaiki struktur binaan dan jalan yang rosak diteruskan meskipun berdepan cuaca buruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, laluan tersebut dibina semula dengan kos RM4.95 juta selepas runtuh pada Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia dilaporkan turut mengalami kerosakan semula pada September dan kini berada dalam keadaan tidak selamat. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menggesa kerajaan negeri melakukan siasatan berhubung kerosakan berulang melibatkan projek pemulihan Jalan Pantai Batu Rakit di Kuala Nerus.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9207,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1811,392,1987,1820],"class_list":["post-9208","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-batu","tag-jalan","tag-rakit","tag-runtuh"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9208","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9208"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9208\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9209,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9208\/revisions\/9209"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9207"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9208"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9208"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9208"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}