{"id":9158,"date":"2025-11-25T12:28:17","date_gmt":"2025-11-25T04:28:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9158"},"modified":"2025-11-25T12:28:49","modified_gmt":"2025-11-25T04:28:49","slug":"mtl-lambakan-sampah-negara-jiran-di-pantai-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9158","title":{"rendered":"MTL: Lambakan sampah negara jiran di pantai Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Fenomena lambakan sampah yang dibawa arus Monsun Timur Laut (MTL) kembali menghantui penduduk apabila longgokan bahan buangan dipercayai dari negara jiran itu mula terdampar dan dijumpai di sepanjang pantai negeri ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI), Zulkefli Sarji berkata, kemunculan sampah itu dikesan bermula minggu lalu dan jumlahnya dijangka meningkat sehingga Mac tahun depan selari dengan kitaran monsun setiap tahun.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sampah berkenaan bukan sahaja terdampar di sekitar Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, malah turut dikesan terdampar di sepanjang jajaran pesisir pantai dari Kemaman hingga ke Besut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, fenomena itu berlaku apabila arus laut membawa sisa dari negara luar dan kawasan pedalaman yang hanyut ke sungai sebelum mengalir ke laut serta kembali mendarat di pantai ketika ombak besar.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Antara botol plastik yang ditemui terdampar di pesisir pantai Terengganu selepas dihanyutkan arus di laut pada musim tengkujuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Zulkefli berkata, kehadiran sampah sarap terutama botol-botol plastik itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah memberi ancaman besar kepada ekosistem pantai termasuk penyu dan hidupan marin.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, antara kesan paling ketara ialah gangguan kepada populasi obor-obor yang menjadi makanan utama penyu belimbing, spesies yang kini diisytihatkan pupus di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau penyu belimbing tak ada, obor-obor akan semakin banyak. Obor-obor pula makan plankton, telur ikan dan anak ikan. Ini memberi kesan kepada rantaian makanan laut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, masalah itu turut menggambarkan sikap pembuangan sampah merata-rata yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTempat kita sendiri pun banyak sampah. Kita tak mahu sampah dari luar, tapi dalam masa sama sampah-sampah kita juga menyumbang kepada pencemaran laut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga tak mahu sampah-sampah kita ke &#8216;mendarat&#8217; di negara jiran, misalnya yang terdekat di Indonesia. Jadi, semua kena jaga kebersihan bersama-sama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, beliau turut mengajak orang ramai mengurangkan penggunaan plastik dan menyertai aktiviti pembersihan pantai sebagai langkah memastikan kawasan tumpuan tidak terus dibebani sampah sarap yang mencemarkan pemandangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau ada program pembersihan di kawasan masing-masing, turunlah bantu. Paling penting, jangan buang sampah merata,\u201d ujar beliau. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Fenomena lambakan sampah yang dibawa arus Monsun Timur Laut (MTL) kembali menghantui penduduk apabila longgokan bahan buangan dipercayai dari negara jiran itu mula terdampar dan dijumpai di sepanjang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9157,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1701,128,139,43],"class_list":["post-9158","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-mtl","tag-pantai","tag-sampah","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9158","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9158"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9158\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9159,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9158\/revisions\/9159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9157"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9158"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9158"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9158"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}