{"id":9142,"date":"2025-11-25T08:23:56","date_gmt":"2025-11-25T00:23:56","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9142"},"modified":"2025-11-25T08:25:08","modified_gmt":"2025-11-25T00:25:08","slug":"penduduk-bimbang-jalan-pantai-batu-rakit-kembali-diancam-risiko-runtuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9142","title":{"rendered":"Penduduk bimbang Jalan Pantai Batu Rakit kembali diancam risiko runtuh"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA NERUS:&nbsp; Penduduk sekitar Jalan Mengabang Telipot\u2013Batu Rakit meluahkan kebimbangan apabila laluan itu kembali rosak selepas dua kali berdepan insiden runtuhan pada Januari dan September lalu akibat masalah hakisan pantai.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang penduduk, Muda Abdullah, 69, berkata, keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat setempat terutama mereka yang bergantung kepada jalan berkenaan sebagai laluan utama setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dua insiden runtuhan yang berlaku sebelum ini mencetuskan tanya dalam kalangan penduduk setempat berhubung ketelusan pelaksanaan projek tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tengok, jalan ini sudah dua kali runtuh selepas dibuat baharu. Jadi sebagai penduduk memang timbul rasa tak puas hati sebab buat sekejap sahaja dah runtuh. Kita pun tertanya-tanya sampai bila keadaan macam ini nak berterusan?<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"614\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-1024x614.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9140\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-1024x614.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-300x180.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-768x460.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-1536x920.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-1170x701.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036-585x351.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640291424448952631565041126036.jpg 1567w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">KERJA-kerja membaiki bentang dan jalan yang rosak sedang dijalankan untuk mengelakkan runtuhan lebih buruk.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa pihak berkenaan kena siasat betul-betul kenapa benda ini berlaku. Tengok semula reka bentuk, tengok cara binaan. Semua benda ini kena ambil kira,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, penduduk tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak namun berharap pembangunan yang dibuat lebih kukuh dan tahan lama memandangkan jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk keluar masuk ke tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk setempat meninjau keadaan projek pembinaan jalan Pantai Batu Rakit yang berdepan risiko runtuhan akibat MTL yang melanda tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita orang kampung nak yang selesa. Bila asyik runtuh, kos pun bertambah, kerja tertangguh dan penduduk pula terkesan. Sekali buat biar siap elok, tak ada masalah lagi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"598\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-1024x598.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9141\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-1024x598.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-300x175.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-768x449.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-1536x897.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-1170x683.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664-585x342.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17640292443773705951234514036664.jpg 1568w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">OMBAK besar membadai Pantai Batu Rakit antara punca berlaku kerosakan pada benteng dan jalan baharu yang dibina.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cOrang kampung memanglah marah, tapi kita pun tak boleh ikut emosi. Kita kalau boleh nak tengok kemudahan jalan ini dibaiki demi kebaikan semua,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang lagi penduduk, Manan Ali, 72, yang merupakan peniaga sotong kering dan ikan masin sejak 1978 berkata, runtuhan pada tahun lalu menyebabkan perniagaannya musnah sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak tahun 1978 sampai 2023 saya berniaga sotong kering dan ikan masin di sini. Tapi bila berlaku runtuhan tahun lepas, saya terpaksa berhenti. Sekarang saya hanya duduk saja, tak boleh buat apa-apa. Perniagaan saya habis semuanya. Tinggal kenangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJalan ini pula sudah dua kali runtuh. Kami penduduk cuma harap jalan ini dibuat dengan baik, sempurna dan cepat. Itu saja harapan kami,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini tular di media sosial projek pembinaan laluan tersebut mengalami kerosakan akibat ombak besar dan angin kuat yang melanda susulan MTL.<\/p>\n\n\n\n<p>Manan yang telah lebih 22 tahun menetap di kawasan itu berkata, kawasan tersebut bukan sahaja pusat ekonomi kecil penduduk, malah turut menjadi laluan penting ramai pengguna lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJalan ini jalan utama. Harap sangat ia disiapkan segera supaya semua orang boleh guna dengan selesa. Benda ini nampak kecil, tapi kesannya besar pada kami yang tinggal di sini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini tular di media sosial projek pembinaan laluan tersebut mengalami kerosakan akibat ombak besar dan angin kuat yang melanda pada Monsun Timur Laut (MTL).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini, kerja-kerja membaiki struktur binaan dan jalan yang rosak diteruskan meskipun cuaca buruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Laluan itu dibina semula dengan kos RM4.95 juta selepas runtuh pada Januari tahun lalu turut dilaporkan mengalami runtuhan semula pada September dan kini berada dalam keadaan tidak selamat. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS:&nbsp; Penduduk sekitar Jalan Mengabang Telipot\u2013Batu Rakit meluahkan kebimbangan apabila laluan itu kembali rosak selepas dua kali berdepan insiden runtuhan pada Januari dan September lalu akibat masalah hakisan pantai.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9144,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1811,2529,1510,392,1322,1987,1620],"class_list":["post-9142","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-batu","tag-benteng","tag-bimbang","tag-jalan","tag-penduduk","tag-rakit","tag-rosak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9143,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9142\/revisions\/9143"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}