{"id":9103,"date":"2025-11-24T16:33:42","date_gmt":"2025-11-24T08:33:42","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9103"},"modified":"2025-11-24T16:34:19","modified_gmt":"2025-11-24T08:34:19","slug":"bunuh-liwat-bayi-9-bulan-kau-binatang-bukan-manusia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9103","title":{"rendered":"Bunuh, liwat bayi 9 bulan: \u2018Kau binatang bukan manusia\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM:&nbsp; \u201cKau tak layak dipanggil manusia, tetapi binatang.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian luahan seorang ibu selepas pelaku yang membunuh anak lelakinya berusia sembilan bulan empat tahun lalu dijatuhi hukuman atas kesalahan meliwat bayi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran di Facebook, pengguna akaun BiEy Adawiah itu memberitahu, dia berasa kesal dengan tindakan pelaku iaitu suami kepada pengasuh anaknya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila aku dengar DPP (Timbalan Pendakwa Raya) beritahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .Ya Allah gelapnya dunia. Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia! Kau memang Binatang!\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wanita itu bagaimanapun bersyukur apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap tertuduh yang juga seorang penganggur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetelah empat tahun aku menunggu keputusan dengan sabar sama ada kau bersalah atau tidak, hari ini kau dijatuhkan hukuman. Sebelum ini kau tidak mengaku kau buat. Bermainlah anak di taman syurga. Dunia yang kejam ini bukan tempatmu. Semoga kita berjumpa di sana,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan ke atas Mohamed Badruldin Mohamed, 40 yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kes meliwat, tertuduh yang juga penganggur itu dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan. Manakala bagi pertuduhan bunuh dijatuhi penjara 30 tahun dan 12 sebatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hukuman penjara itu diperintahkan berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan fakta kes, sampel DNA dan ekstrak air mani milik tertuduh ditemui di dubur serta usus besar bayi malang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil bedah siasat oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr. Rohayu Shahar Adnan dari Hospital Sungai Buloh (ketika itu), mengesahkan wujud kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Punca kematian ditentukan akibat \u2018smothering\u2019 atau keadaan melemaskan, manakala analisis DNA mengesahkan kehadiran sel sperma tertuduh pada dubur dan rektum bayi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertuduh dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa, disertai luka koyak dan lebam yang mungkin disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim dalam hujahan pemberatnya, memohon hukuman mati dikenakan terhadap tertuduh yang telah menganiaya mangsa yang merupakan seorang bayi yang masih kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIbu bapa mangsa terpaksa bekerja lalu menghantarnya kepada isteri Mohamed Badruldin untuk dijaga. Namun, bayi itu diperlakukan sedemikian atas nafsu serakah tertuduh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMangsa yang lemah sepatutnya disayangi dan diberi perhatian, bukannya dianiaya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman.<\/p>\n\n\n\n<p>Kosmo! pada 11 Mei lalu melaporkan seorang bayi berusia sembilan bulan diperlakukan tidak berperikemanusiaan apabila dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM:&nbsp; \u201cKau tak layak dipanggil manusia, tetapi binatang.\u201d Demikian luahan seorang ibu selepas pelaku yang membunuh anak lelakinya berusia sembilan bulan empat tahun lalu dijatuhi hukuman atas kesalahan meliwat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9102,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[431,501,2523],"class_list":["post-9103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-bayi","tag-bunuh","tag-liwat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9104,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9103\/revisions\/9104"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9102"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}