{"id":9066,"date":"2025-11-23T19:44:49","date_gmt":"2025-11-23T11:44:49","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9066"},"modified":"2025-11-23T19:45:31","modified_gmt":"2025-11-23T11:45:31","slug":"ketua-geng-musang-curi-kabel-ecrl-ditahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9066","title":{"rendered":"Ketua &#8216;Geng Musang&#8217; curi kabel ECRL ditahan"},"content":{"rendered":"\n<p>TEMERLOH: Polis menahan dua lelaki termasuk ketua kumpulan &#8216;Geng Musang&#8217; kerana disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menyebabkan kerugian lebih RM825,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, dua suspek terbabit ditahan kira-kira jam 9 malam, Khamis lalu, di tepi Jalan Kampung Batu Tiga, Jalan Karak, Mentakab, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, suspek berusia 32 ditahan dikenali dengan nama gelaran &#8216;Musang&#8217; dipercayai ketua kumpulan penjenayah terbabit ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dua suspek terbabit diburu polis sejak Ogos lalu bagi membantu siasatan kecurian kabel projek ECRL di Bentong, Temerloh dan Kuantan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Susulan penahan polis turut merampas senjata tajam dan sejumlah dadah,&#8221; katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasyim berkata, dua lelaki terbabit juga disahkan positif dadah dan salah seorang suspek mempunyai enam rekod jenayah dan kesalahan dadah direman hingga esok bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan &amp; Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata tajam berbahaya iaitu sebilah kerambit.<\/p>\n\n\n\n<p>September lalu, polis menahan lapan lelaki termasuk dua pekerja dan pemilik barang lusuh di Kuantan, Bentong dan Kuala Lumpur kerana disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel projek ECRL.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan tangkapan semua suspek berusia antara 29 dan 45 tahun polis menemui semula kabel projek terbabit sepanjang hampir 5,000 meter.<\/p>\n\n\n\n<p>Kabel itu dijumpai di sebuah kedai barang lusuh di Kuala Lumpur dan sebahagian lagi ditemui berhampiran sebuah rumah dan kawasan hutan di Temerloh.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua suspek ditahan selepas syarikat kontraktor pembinaan ECRL mendedahkan sejumlah kabel projek terbabit di jajaran Temerloh dan Lanchang serta jajaran Lanchang dan Bentong dicuri, sejak Jun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Syarikat terbabit mendakwa kecurian itu berpotensi menjejaskan jadual penyiapan projek ECRL menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan, merentasi Pahang dan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jajaran sepanjang 665 kilometer itu dijangka siap akhir 2026. &#8211; Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TEMERLOH: Polis menahan dua lelaki termasuk ketua kumpulan &#8216;Geng Musang&#8217; kerana disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menyebabkan kerugian lebih RM825,000. Ketua Polis&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9065,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[197,874,2508,1963,1167,729],"class_list":["post-9066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-curi","tag-ecrl","tag-geng","tag-kebal","tag-ketua","tag-tahan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9067,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9066\/revisions\/9067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9065"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}