{"id":9045,"date":"2025-11-23T11:37:02","date_gmt":"2025-11-23T03:37:02","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9045"},"modified":"2025-11-23T11:37:29","modified_gmt":"2025-11-23T03:37:29","slug":"harimau-belang-berkeliaran-300-penduduk-bimbang-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9045","title":{"rendered":"Harimau belang berkeliaran, 300 penduduk bimbang keselamatan"},"content":{"rendered":"\n<p>JERANTUT: Lebih 300 penduduk di enam kampung di Hulu Tembeling, di sini, bimbang kerana sering terserempak harimau belang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak seminggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran terbaru pemangsa itu dikesan penduduk di Kampung Membatu, kira-kira jam 7 pagi hari ini, dan sempat merakam video haiwan terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk Kampung Membatu, Rosdi Rashid, 51, berkata, harimau itu ditemukan ketika penduduk melalui jalan menghubungkan kampung berkenaan dengan Kampung Mat Daling dan jalan utama ke bandar Jerantut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, jarak harimau itu dengan rumah penduduk kira-kira 100 meter dan haiwan itu berjalan di laluan sering digunakan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itu bukan kali pertama penduduk terserempak harimau dan haiwan itu sudah dikesan di kawasan perkampungan ini sejak lebih seminggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Haiwan itu nampak seolah-olah tidak takut dengan manusia kerana tidak lari ketika terserempak dengan penduduk,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lima kampung lain berhampiran Kampung Membatu ialah Kampung Seberang Bantal, Kampung Terus, Kampung Machang Perah, Kampung Semena dan Kampung Mat Daling.<\/p>\n\n\n\n<p>Rosdi berkata, berdasarkan saiz haiwan itu dianggarkan seberat antara 80 dan 100 kilogram tetapi penduduk tidak dapat memastikan jantinanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sejak haiwan itu dikesan, kami bimbang dengan keselamatan penduduk tetapi hingga kini tiada kejadian tidak diingini berlaku,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, penduduk sudah melaporkan penemuan harimau itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, untuk tindakan lanjut. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JERANTUT: Lebih 300 penduduk di enam kampung di Hulu Tembeling, di sini, bimbang kerana sering terserempak harimau belang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak seminggu lalu. Kehadiran terbaru pemangsa itu dikesan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2502,444,2503],"class_list":["post-9045","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-belang","tag-harimau","tag-jerantut"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9045","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9045"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9045\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9046,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9045\/revisions\/9046"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9045"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9045"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9045"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}