{"id":9002,"date":"2025-11-21T20:16:51","date_gmt":"2025-11-21T12:16:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9002"},"modified":"2025-11-21T20:17:18","modified_gmt":"2025-11-21T12:17:18","slug":"pga-tumpas-makmal-proses-air-ketum-di-kuantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=9002","title":{"rendered":"PGA tumpas makmal proses air ketum di Kuantan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan memproses serta mengedarkan air ketum selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading di Kuantan pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Serbuan itu dijalankan pada kira-kira jam 11 pagi menerusi Ops Taring Mitra susulan maklumat yang diterima mengenai aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Briged Tenggara, PGA memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Hasil pemeriksaan awal menemukan sejumlah 52.90 kilogram daun ketum yang dipercayai baru dipetik untuk tujuan pemprosesan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pihak berkuasa turut menjumpai 547 bungkus air ketum yang telah siap diproses dengan jumlah anggaran 437.6 liter.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua bungkusan itu disimpan di beberapa lokasi dalam rumah selain turut ditemukan di dalam sebuah kenderaan milik suspek.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Operasi tersebut turut membawa kepada rampasan peralatan lengkap yang digunakan untuk menghasilkan dan membungkus air ketum.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Keyataan itu juga memberitahu, sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan suspek bagi urusan penghantaran turut disita, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM71,000.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi proses siasatan lanjut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut PGA, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan tindakan terhadap kesalahan melibatkan penyediaan dan pengedaran bahan terlarang itu. &#8211; Astro Awani<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan memproses serta mengedarkan air ketum selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading di Kuantan pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9001,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[229,967,105,2338,1462],"class_list":["post-9002","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-air","tag-ketum","tag-polis","tag-proses","tag-tumpas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9002","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9002"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9002\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9003,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9002\/revisions\/9003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9002"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9002"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9002"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}