{"id":8982,"date":"2025-11-21T11:11:50","date_gmt":"2025-11-21T03:11:50","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8982"},"modified":"2025-11-21T11:12:16","modified_gmt":"2025-11-21T03:12:16","slug":"nenek-nyaris-dipatuk-ular-tedung-selar-di-tandas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8982","title":{"rendered":"Nenek nyaris dipatuk ular tedung selar di tandas"},"content":{"rendered":"\n<p>BALING: Seorang wanita warga emas nyaris dipatuk ular tedung selar sepanjang hampir lima meter ketika hendak ke tandas di rumahnya di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Warga emas berusia lingkungan 70 tahun terkejut sebaik membuka pintu tandas berkenaan dan ternampak ular itu melingkar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang tinggal bersama dua cucunya bertindak menghubungi anak lelakinya untuk meminta pertolongan sebelum menghubungi bomba.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sepasukan enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Basri Osman tiba di lokasi tidak lama kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular itu kerana reptilia itu agak agresif sehingga menegak badannya dan berdiri kira-kira satu meter.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan hanya menggunakan penjerut, anggota kami berdepan cabaran untuk menangkap reptilia itu dan berisiko disebabkan tandas itu sempit serta perlu berhati-hati untuk mengelak sebarang kemungkinan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Zulkhairi berkata, ular tedung selar itu dipercayai masuk melalui lubang paip bilik air yang tiada penutup.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ular itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca yang tidak menentu ini yang menyebabkan persekitaran lembab dan sejuk ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, kebersihan persekitaran kediaman perlu dijaga untuk mengelak reptilia tumpang berteduh dan mendapatkan makanan,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BALING: Seorang wanita warga emas nyaris dipatuk ular tedung selar sepanjang hampir lima meter ketika hendak ke tandas di rumahnya di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang, di sini hari ini.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8981,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1544,2483,1801],"class_list":["post-8982","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-nenek","tag-patuk","tag-ular"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8982","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8982"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8982\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8983,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8982\/revisions\/8983"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8981"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8982"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8982"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8982"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}