{"id":8911,"date":"2025-11-19T22:20:51","date_gmt":"2025-11-19T14:20:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8911"},"modified":"2025-11-19T22:22:24","modified_gmt":"2025-11-19T14:22:24","slug":"penantian-penduduk-terjejas-diami-rumah-ppk-hampir-tercapai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8911","title":{"rendered":"Penantian penduduk terjejas banjir diami rumah PPK hampir tercapai"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Penantian penduduk di kawasan terjejas banjir di Kampung Air Putih di sini untuk mendiami rumah yang bebas banjir hampir tercapai selepas Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( Ketengah) akan memajukan semula projek perumahan Program Pemajuan Kawasan (PPK) yang terbengkalai di kampung itu kira-kira dua tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Ketengah, Datuk Rozi Mamat berkata, projek tersebut projek itu dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja kontraktor menerima surat kelulusan tambahan peruntukan berjumlah kira-kira RM3 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, projek yang bermula sejak 16 Oktober 2019 itu mengalami kelewatan akibat pelbagai kekangan termasuk pandemik Covid-19, penyelarasan pematuhan syarat-syarat baharu agensi teknikal dan pertambahan skop kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kontraktor projek perumahan Program Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Air Putih di sini diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan keseluruhan pembinaan rumah berkenaan yang sepatutnya siap tahun lalu,&#8221; katanya ketika ditemui selepas meninjau di tapak projek tersebut di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"540\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/img-20251119-wa00043763571962889841505.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8910\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/img-20251119-wa00043763571962889841505.jpg 960w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/img-20251119-wa00043763571962889841505-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/img-20251119-wa00043763571962889841505-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/img-20251119-wa00043763571962889841505-585x329.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">KEADAAN rumah penempatan mangsa banjir menerusi program PKK Kampung Air Putih, Kemaman yang terbengkalai kira-kira dua tahun lalu. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Turut serta, Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Suara Timur melaporkan penduduk kecewa apabila projek perumahan&nbsp;&nbsp; terbengkalai hampir dua tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Rozi memberitahu, projek di bawah kelulusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah&nbsp;itu melibatkan pembinaan 185 unit rumah, surau, tadika dan padang permainan di kawasan seluas 16.8 hektar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek ini bertujuan menempatkan semula penduduk kampung yang terdedah kepada bencana alam, isu keselamatan dan risiko kesihatan serta mereka yang tinggal di kawasan penempatan tidak sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, manfaat turut disasarkan kepada golongan miskin, miskin tegar (berdasarkan data e-Kasih) serta golongan berpendapatan rendah (B40) yang memenuhi kriteria kelayakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, proses kemasukan penduduk ke rumah tersebut hanya boleh dibuat selepas urusan penyerahan dan kelulusan melibatkan Ketengah, pejabat daerah serta agensi teknikal lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang penting sekarang, kita siapkan dulu. Selepas diserahkan kepada Ketengah, barulah proses seterusnya boleh dibincangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga mahu percepatkan kemasukan kerana jika rumah dibiarkan kosong terlalu lama, banyak kerosakan boleh berlaku,\u201d katanya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Penantian penduduk di kawasan terjejas banjir di Kampung Air Putih di sini untuk mendiami rumah yang bebas banjir hampir tercapai selepas Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8913,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[305,2463,2462,126,127],"class_list":["post-8911","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-banjir","tag-dimajukan","tag-penempatan","tag-rumah","tag-terbengkalai"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8911","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8911"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8911\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8915,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8911\/revisions\/8915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8913"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8911"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8911"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8911"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}