{"id":8876,"date":"2025-11-18T23:50:13","date_gmt":"2025-11-18T15:50:13","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8876"},"modified":"2025-11-18T23:51:02","modified_gmt":"2025-11-18T15:51:02","slug":"harimau-malaya-kekal-rekod-bersih-bergelut-tewaskan-nepal-1-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8876","title":{"rendered":"Harimau Malaya kekal rekod bersih, bergelut tewaskan Nepal 1-0"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Skuad\u00a0Harimau Malaya berjaya menutup tahun 2025 dengan rekod bersih selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Nepal pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, sebentar tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad kebangsaan terpaksa melupakan khidmat Arif Aiman Hanapi apabila dikeluarkan seawal minit kelapan disebabkan kecederaan dan digantikan dengan Faisal Halim.<br><br>Meskipun menguasai hampir keseluruhan permainan dan mencipta deretan peluang namun skuad kebangsaan berdepan kesukaran untuk merobek gawang Nepal.<\/p>\n\n\n\n<p>Peluang demi peluang dicipta jentera serangan Harimau Malaya yang diketuai Safawi Rasid namun gagal menewaskan penjaga gol Nepal, Kiran Kumar Limbu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dion Cools hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-37 buat skuad negara namun tandukannya berjaya dinafikan Kiran.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Asakan bertali arus Malaysia menekan benteng Nepal sepanjang babak pertama bagaimanapun masih belum mampu menembusi gawang pasukan kendalian Hari Khadka.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Bersambung babak kedua, skuad negara terus meningkat intensiti permainan dan percubaan Stuart Walkin sekali lagi dinafikan Kiran pada minit ke-51.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Usaha berterusan skuad Harimau Malaya akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-56 apabila umpanan Safawi disudahkan dengan baik oleh Faisal yang melakukan larian ke hadapan sebelum melakukan rembatan rendah untuk gol pembukaan buat Harimau Malaya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Gol itu menyaksikan Faisal merekodkan jaringan ke-18 dalam penampilan kali ke-40 pemain berusia 27 tahun itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pada minit ke-60, Malaysia sepatutnya mampu melebarkan kedudukan namun peluang itu dipersia-siakan Safawi yang menampan tinggi hantaran Corbin di hadapan gawang Nepal.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Faisal hampir menggandakan jaringan namun tampanannya yang menerima hantaran bola mati Safawi sedikit tersasar pada minit ke-68.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pada penghujung perlawanan, skuad negara dihadiahkan sepakan penalti selepas Harith Haikal dijatuhkan oleh Laken Limbu sebanyak dua kali dalam kotak penalti.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan berulang kali dilakukan Laken menyebabkan dia dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh tidak sampai seminit seterusnya diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan dari Korea Utara, Kim Daeyong.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, peluang keemasan itu gagal disempurnakan oleh Paulo Josue apabila sepakan penalti diambilnya melambung tinggi sekali gus menamatkan perlawanan dengan satu gol. &#8211; Utusan<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Skuad\u00a0Harimau Malaya berjaya menutup tahun 2025 dengan rekod bersih selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Nepal pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, sebentar tadi. Pada aksi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8875,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[444,445,2455,2454],"class_list":["post-8876","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-harimau","tag-malaya","tag-nepal","tag-tewaskan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8876","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8876"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8876\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8877,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8876\/revisions\/8877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8875"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8876"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8876"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8876"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}