{"id":8868,"date":"2025-11-18T20:07:55","date_gmt":"2025-11-18T12:07:55","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8868"},"modified":"2025-11-18T20:11:05","modified_gmt":"2025-11-18T12:11:05","slug":"10-buah-rumah-di-kampung-pasir-gajah-dibadai-ribut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8868","title":{"rendered":"10 buah rumah di Kampung Pasir Gajah dibadai ribut"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: &#8220;Saya lihat pusaran angin bergerak laju sebelum hampir keseluruhan bumbung rumah saya dan rumah jiran-jiran diterbangkan angin.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah pengalaman seorang penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Pasir Gajah, di sini, Azlan Arif, 48, yang berhadapan detik cemas dalam kejadian ribut dan pusaran angin, petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Azlan berkata, dia yang baru sahaja tiba di kediamannya, melihat pusaran angin bewarna hitam datang dari arah kanan rumahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sangat takut sebab angin itu terlalu kuat. Saya sempat melaungkan Azan sebelum ribut itu kemudiannya reda. Kejadian itu berlaku sekelip mata, tak sampai seminit pun, ,&#8221; katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, petang ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8870\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601-300x225.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601-768x576.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601-585x439.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb_img_17634613502713558850553414070601.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SALAH sebuah rumah yang rosak di bahagian bumbung selepas dibadai ribut uk di Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian ribut dan pusaran angin itu, lebih 10 buah rumah di perumahan tersebut&nbsp;&nbsp; mengalami kerosakan di bahagian bumbung.<\/p>\n\n\n\n<p>Azlan berkata, pusaran angin itu disusuli hujan lebat menyebabkan kediamannya dimasuki air dan keseluruhan perabot dan barangan dalam rumahnya juga rosak.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Siti, 50, berkata, dia hanya mampu berpelukan dengan anak perempuannya selepas terdengar bunyi angin yang kuat di bahagian bumbung.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami sangat bimbang dan takut sebab tak tahu apa yang jadi ketika itu. Kami dapat rasakan rumah kami bergegar ketika pusaran angin menerbangkan bumbung rumah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengerusi Jawarankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, setakat ini, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ribut tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa yang terlibat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sementara rumah mereka dibaiki dan kosnya akan ditanggung kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jumlah sebenar kediaman penduduk dan mangsa yang terlibat sedang dikemaskini,&#8221; katanya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: &#8220;Saya lihat pusaran angin bergerak laju sebelum hampir keseluruhan bumbung rumah saya dan rumah jiran-jiran diterbangkan angin.&#8221; Itulah pengalaman seorang penduduk di Perumahan Awam Kos&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8867,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2452,1602,1620,126],"class_list":["post-8868","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-dibadai","tag-ribut","tag-rosak","tag-rumah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8868","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8868"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8868\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8871,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8868\/revisions\/8871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8868"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8868"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8868"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}