{"id":8856,"date":"2025-11-18T13:21:16","date_gmt":"2025-11-18T05:21:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8856"},"modified":"2025-11-18T13:21:49","modified_gmt":"2025-11-18T05:21:49","slug":"sentiasa-lapar-24-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8856","title":{"rendered":"&#8216;Sentiasa lapar 24 jam&#8217;\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memilih tidak menyimpan stok makanan dan memiliki peti ais di rumah demi menyelamatkan nyawa anak lelaki mereka yang menghidap penyakit jarang jumpa, Prader-Willi Syndrome (PWS).<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas konsultan media, Azman Ahmad Bakri, 49, berkata, dia dan isterinya, Farahiah Mohd Ariffin, 37, membuat keputusan terbabit kerana Mikhael,14, tidak dapat mengawal keinginan untuk makan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kondisi genetik itu menyebabkan Mikhael sentiasa lapar selama 24 jam walaupun baru sahaja makan dan tubuhnya tidak mampu memproses isyarat kenyang seperti kanak-kanak biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kebanyakan pesakit PWS cenderung mencari makanan ketika keluarga tidur dan ada yang curi-curi makanan dalam peti ais. Jika ada peti ais mereka akan buka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita tidak boleh simpan stok makanan, anak mengidap PWS sendiri akan cuba cari makanan nanti apabila terjaga malam-malam,&#8221; katanya kepada Sinar Harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, salah satu video ketabahan dan kecekalan Mikhael dikongsikan Azman menerusi akaun Tik Tok @MikePWS mendapat 818,000 tontonan dengan 32,500 tanda suka.<\/p>\n\n\n\n<p>Azman memaklumkan, penyakit PWS mampu membawa maut kerana pesakit tidak dapat mengawal rasa lapar melampau hingga ada meninggal dunia akibat komplikasi tidak dapat mengawal pemakanan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap hari membawa cabaran luar biasa bagi keluarga kami, dari mengawal makanan hingga memastikan keselamatan Mikhael sepanjang malam,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Azman lagi, tahap lapar Mikhael berlaku sepanjang masa tanpa henti sehingga memaksa Azman dan isterinya sentiasa berjaga-jaga dan tidur-tidur ayam pada setiap malam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Cuba bayangkan, kita akan berasa lapar apabila berpuasa, namun untuk pesakit PWS kelaparan itu perlu didarab dengan 10 kali, itulah dirasai selama 24 jam,&#8221; menurutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Azman memberitahu, pengalaman tersebut dikongsikan di TikTok untuk memberi kesedaran mengenai PWS, sekali gus memastikan masyarakat lebih memahami tentang penyakit itu. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memilih tidak menyimpan stok makanan dan memiliki peti ais di rumah demi menyelamatkan nyawa anak lelaki mereka yang menghidap penyakit jarang jumpa, Prader-Willi Syndrome (PWS).&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8855,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2446,1843,2445],"class_list":["post-8856","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-2446","tag-jam","tag-lapar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8856","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8856"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8856\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8857,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8856\/revisions\/8857"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}