{"id":8824,"date":"2025-11-17T17:12:32","date_gmt":"2025-11-17T09:12:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8824"},"modified":"2025-11-17T17:13:47","modified_gmt":"2025-11-17T09:13:47","slug":"dulang-habis-dijual-penangan-rakyat-kelantan-mendulang-emas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8824","title":{"rendered":"Dulang habis dijual penangan rakyat Kelantan mendulang emas"},"content":{"rendered":"\n<p>PETALING JAYA: Aktiviti mendulang emas di Kelantan kini mencetuskan fenomena luar biasa apabila orang ramai mula menyerbu kawasan sungai sehingga stok dulang habis terjual dalam masa singkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinjauan di platform e-dagang mendapati kebanyakan dulang emas sudah licin terjual, menyebabkan peniaga kini terpaksa membuka pra-pesanan yang memerlukan tempoh antara empat hingga tujuh hari untuk disiapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, dulang emas jenis kayu merbau tersebut dijual pada harga serendah RM300 hingga RM450 bergantung kepada saiz diameternya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lonjakan permintaan itu dipercayai berlaku secara mendadak sejak aktiviti mendulang kembali tular di media sosial, terutama selepas beberapa individu berkongsi kejayaan menemui serpihan emas dalam jumlah yang dianggap lumayan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan video tular tersebut memaparkan semua penduduk Kelantan, tanpa mengira usia, turun ke sungai untuk mendulang emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara video yang paling tular memaparkan sekumpulan remaja tidak ketinggalan mencuba aktiviti mendulang, yang kini dianggap sebagai pilihan masa lapang lebih berfaedah berbanding kegiatan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, ramai juga berseloroh mengaku diri merupakan \u2018ore kelate\u2019 apabila kerajaan Kelantan mula memberi kebenaran kepada rakyat di negeri ini melombong emas menggunakan kaedah mendulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun kerajaan negeri ketika ini sedang menyiapkan draf mengenai syarat-syarat aktiviti mendulang emas untuk menekankan kepada aspek keselamatan dan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mendulang emas merupakan kaedah tradisional masyarakat Melayu sejak lebih seratus tahun lalu, khususnya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Teknik ini menggunakan dulang kayu atau logam untuk memisahkan pasir sungai daripada ketulan emas secara manual.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti itu dahulunya menjadi sumber pendapatan penting bagi penduduk setempat sebelum perlombongan moden mengambil alih, namun tradisi mendulang kekal diwarisi sehingga kini sebagai simbol warisan dan identiti budaya masyarakat tempatan. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA: Aktiviti mendulang emas di Kelantan kini mencetuskan fenomena luar biasa apabila orang ramai mula menyerbu kawasan sungai sehingga stok dulang habis terjual dalam masa singkat. Tinjauan di platform&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8823,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2389,188,244,349],"class_list":["post-8824","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-dulang","tag-emas","tag-kelantan","tag-laris"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8824","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8824"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8824\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8825,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8824\/revisions\/8825"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8823"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8824"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8824"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8824"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}