{"id":8802,"date":"2025-11-17T06:55:33","date_gmt":"2025-11-16T22:55:33","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8802"},"modified":"2025-11-17T06:56:23","modified_gmt":"2025-11-16T22:56:23","slug":"pengantin-lelaki-hilang-pada-hari-akad-nikah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8802","title":{"rendered":"Pengantin lelaki \u2018hilang\u2019 pada hari akad nikah"},"content":{"rendered":"\n<p>JITRA: Perasaan seorang pengantin remuk apabila lelaki yang menjadi pilihan hatinya menghilangkan diri pada hari mereka sepatutnya diijabkabulkan, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nor Syafiqah Mohd. Sharif, 28, dia sudah siap mengenakan persalinan serba putih, namun bakal suaminya itu tidak kunjung tiba.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tunggu tetapi dia tidak datang, telefon pun tidak berjawab. Perasaan waktu itu bercampur baur, memang sedih dan malu kerana ramai tetamu yang hadir. \u201cKenduri dengan kira-kira 1,000 jemputan terdiri daripada saudara-mara dan rakan-rakan di rumah di Kampung Padang Luar tetap diteruskan,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, lelaki berusia 36 tahun yang tinggal dekat sini itu gagal dihubungi sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia seorang yang baik tetapi hubungan kami sebenarnya tidak direstui keluarganya, namun dia tetap mahu meneruskan perhubungan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya pernah menolak beberapa kali kerana bimbang keluarganya tidak suka tetapi dia tetap datang kepada saya sehingga kami membuat keputusan untuk berkahwin,\u201d ujar ibu tunggal seorang anak itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sehari sebelum majlis, lelaki terbabit datang menghantar barangan katering untuk kenduri sempena akad nikah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKatering buat sendiri sebab saya mengusahakan kedai makan. Ketika dia datang menghantar barangan itu, dia tidak menyebut apa-apa yang mencurigakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada malam hari sama, dia tidak hadir ke majlis makan yang diadakan dan saya sudah rasa ada yang tidak kena. Pada hari majlis, dia juga gagal dihubungi,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia menangis seharian selepas lelaki berkenaan tidak muncul, sebelum menukar pakaian biasa pada pukul 11 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia bekerja sebagai pemandu lori dan kadang kala membantu di kedai makan saya. Saya juga membuka premis cuci kereta dan rancang untuk minta dia uruskannya tetapi semuanya musnah,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nor Syafiqah berkata, majlis kenduri kahwin yang dijadualkan pada 13 Disember depan turut terpaksa dibatalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berbelanja kira-kira RM12,000 untuk kenduri akad nikah ini tetapi ia tidak berlaku seperti dirancang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, dia sudah menemui peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bercadang untuk memfailkan saman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun begitu, jika mereka datang dan jelaskan apa berlaku, mungkin ada budi bicara daripada saya. Apa pun, saya perlu berbincang dengan adik-beradik lain,\u201d ujarnya. &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JITRA: Perasaan seorang pengantin remuk apabila lelaki yang menjadi pilihan hatinya menghilangkan diri pada hari mereka sepatutnya diijabkabulkan, kelmarin. Menurut Nor Syafiqah Mohd. Sharif, 28, dia sudah siap mengenakan persalinan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8804,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2431,211,1342,1224,1319],"class_list":["post-8802","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-akad","tag-hilang","tag-lelaki","tag-nikah","tag-pengantin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8802"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8805,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8802\/revisions\/8805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}