{"id":8603,"date":"2025-11-12T08:36:32","date_gmt":"2025-11-12T00:36:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8603"},"modified":"2025-11-12T08:44:24","modified_gmt":"2025-11-12T00:44:24","slug":"emas-untuk-rakyat-kelantan-saja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8603","title":{"rendered":"&#8216;Emas untuk rakyat Kelantan saja&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p>JELI: Pengumuman kerajaan Kelantan yang membenarkan rakyat negeri itu mengusahakan perlombongan emas dengan kaedah mendulang semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin, disambut baik penduduk tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati penduduk berharap lesen kebenaran itu hanya untuk rakyat Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk Kampung Kalai di sini, Kamil Abdullah, 35, berkata, langkah itu bertujuan mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap hasil bumi negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bimbang jika tiada syarat ditetapkan, ia boleh menimbulkan masalah kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perlombongan emas, lebih-lebih lagi harga emas kini melonjak naik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bimbang jika tiada syarat ditetapkan, ia boleh menimbulkan masalah kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perlombongan emas, lebih-lebih lagi harga emas kini melonjak naik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKebimbangan ini ada asasnya kerana sudah ada pihak luar yang bukan dari Kelantan dikatakan menawarkan pakej mendulang dan datang ke kawasan penempatan penduduk kampung,\u201d katanya pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kamil yang mempunyai pengalaman mendulang emas sejak berusia enam tahun mendedahkan pihak menawarkan pakej itu mengenakan bayaran ratusan ringgit dan kebanyakan peserta ialah orang luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, situasi itu akan menyebabkan penduduk hanya mampu melihat orang luar yang mendulang hasil mineral di kawasan kampung mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKebanyakan penduduk di sini menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai pendapatan sampingan. Walaupun ada mendulang tanpa lesen, terdapat juga penduduk yang mempunyai lesen sah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kamil yang mewakili penduduk setempat berkata, mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan kawasan mendulang, contohnya di Sungai Pergau atau Sungai Tadoh di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, ia bagi mengelak penduduk berdepan masalah dengan pihak berkuasa jika tersalah memasuki kawasan yang tidak dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kini ramai yang mendulang emas di kawasan sungai sekitar Jeli dan ada dalam kalangan mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana hasil emas diperoleh sekitar 0.1 gram hingga lima gram jika bernasib baik dan disebabkan itu mereka memilih melakukannya senyap-senyap.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga harap pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian) turun padang beri penerangan untuk mudahkan urusan penduduk buat lesen seperti dikehendaki oleh kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Misyamera Noh, 63, pula berkata, selain menoreh getah, dia juga mendulang emas sebagai pendapatan sampingan untuk menyara 11 anaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mula mendulang sejak 1981, dah lebih 40 tahun. Dulu nak dapat dua hingga tiga gram sehari sangat mudah tapi harganya tak tinggi macam sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang mendulang dari jam 9 pagi sampai 2 petang, dapatlah sekitar 0.09 gram emas atau RM30 hingga RM50 sehari sebab harga emas mahal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dulang emas pelbagai saiz<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pembuat dulang emas, Nazri Rahim, 42, dia menjangkakan permintaan terhadap peralatan itu akan meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum kerajaan negeri benarkan rakyatnya mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang pun, saya dah tak menang tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPermintaan banyak tapi bekalan kayu sangat terhad kerana dulang perlu dibuat guna kayu merbau dan ia sukar diperoleh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nazri yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang itu berkata, selain kayu merbau, cengal juga turut digunakan kerana tahan lasak dan memudahkan lagi kerja-kerja mendulang emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dulang emas dijual dalam pelbagai saiz, bermula daripada 15 hingga 22 inci, dengan harga antara RM180 hingga RM300.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaiz 18 inci paling mendapat permintaan tinggi, dengan harganya mencecah RM250.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDulang ini saya buat secara pertukangan, bukan guna mesin. Ia boleh bertahan lama sehingga puluhan tahun tapi boleh rosak jika jatuh atau dihanyutkan air,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Sinar Harian turut menghubungi pejabat PTG Kelantan bagi mengetahui syarat dan bayaran lesen mendulang emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kakitangan PTG, pihaknya masih belum menerima sebarang arahan mengenai syarat terkini dan bayaran lesen di tetapkan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menasihatkan supaya menunggu arahan rasmi daripada kerajaan negeri berhubung perkara tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai makluman, sebelum ini RM100 dikenakan un tuk lesen mendulang bagi tem poh setahun tetapi ia dikeluarkan sekitar 1990-an,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JELI: Pengumuman kerajaan Kelantan yang membenarkan rakyat negeri itu mengusahakan perlombongan emas dengan kaedah mendulang semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin, disambut baik penduduk tempatan. Bagaimanapun, tinjauan Sinar&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8602,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2389,188,244],"class_list":["post-8603","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-dulang","tag-emas","tag-kelantan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8603","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8603"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8603\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8604,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8603\/revisions\/8604"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8602"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8603"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8603"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8603"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}