{"id":8379,"date":"2025-11-06T08:30:19","date_gmt":"2025-11-06T00:30:19","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8379"},"modified":"2025-11-06T11:07:29","modified_gmt":"2025-11-06T03:07:29","slug":"wanita-penghantar-barang-rugi-rm9000-ditipu-penyamaran-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8379","title":{"rendered":"Wanita penghantar barang rugi RM9,000 ditipu penyamaran polis"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Seorang wanita penghantar barang mengalami kerugian keseluruhan RM9,000 setelah terpedaya dengan penipuan penyamaran sebagai polis dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja\u2019afar berkata, mangsa berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 4 November yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, anggota polis yang membuat panggilan itu menawarkan bantuan untuk membebaskan adik pengadu yang ditahan kerana terlibat dengan kesalahan jenayah dan diminta untuk membuat bayaran sebagai wang jaminan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sehubungan itu, mangsa telah melakukan dua kali transaksi ke dalam satu akaun bank yang sama berjumlah keseluruhan RM9,000 pada 4 November hingga 5 November lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa rasa tertipu dengan perkara tersebut setelah membuat semakan dengan pegawai penyiasat yang menafikan ada menghubungi dan mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran bagi membebaskan adiknya,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Muhamad&nbsp; memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang menyamar sebagai penguat kuasa, pegawai bank atau wakil mana-mana agensi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, sahkan maklumat dengan menghubungi pihak berkuasa menggunakan nombor rasmi di laman web atau sumber yang sahih.<br \/><br \/>&#8220;Mangsa boleh hubungi Nasional Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk membuat laporan atau pengesahan segera,&#8221; ujarnya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Seorang wanita penghantar barang mengalami kerugian keseluruhan RM9,000 setelah terpedaya dengan penipuan penyamaran sebagai polis dalam talian. Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[379,1098,105,176],"class_list":["post-8379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-ditipu","tag-penyamaran","tag-polis","tag-rugi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8380,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8379\/revisions\/8380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}