{"id":8363,"date":"2025-11-06T00:17:14","date_gmt":"2025-11-05T16:17:14","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8363"},"modified":"2025-11-06T11:08:42","modified_gmt":"2025-11-06T03:08:42","slug":"cukai-mbas-tindas-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8363","title":{"rendered":"Cukai MBAS tindas rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Kenaikan cukai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilihat memberi kesan dan dilihat menindas rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, rakyat bukan mesin wang yang boleh digunakan untuk menampung kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya nak tanya Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Cuba cakap dengan jujur kenapa terlampau tergesa-gesa nak naikkan cukai? Itu adalah penindasan. Kalau semua (cukai) naik, tetapi mutu perkhidmatan tak naik buat apa?<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika zaman pemerintahan UMNO\/Barisan Nasional (BN), elok sahaja pembangunan berlaku tanpa menaikkan cukai. MB ada juga cakap bahawa rakyat semakin ramai. Kalau begitu, sepatutnya lebih banyaklah cukai yang dapat dikutip. Jadi sebab apa nak naikkan lagi?<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"360\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb07cd3ea0d3ba8ee9c4249bb045838d7748665918133229578.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8361\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb07cd3ea0d3ba8ee9c4249bb045838d7748665918133229578.jpg 600w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb07cd3ea0d3ba8ee9c4249bb045838d7748665918133229578-300x180.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/fb07cd3ea0d3ba8ee9c4249bb045838d7748665918133229578-585x351.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa UMNO\/BN perintah Kedah elok sahaja pengurusan. Tiba-tiba zaman Sanusi, terkejut rakyat. Cukai naik sampai ratus persen. Kalau betul Kerajaan Negeri pandai urus, tak payahlah \u2018kaut\u2019 daripada poket rakyat,\u201d katanya menerusi hantaran video di laman Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Syed Mohd Johan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, beliau terkilan dengan kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang jauh daripada mendengar denyut nadi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berkesempatan minum petang bersama Datuk Bandar Alor Setar petang semalam. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana berani berdepan menjelaskan proses dan apa yang bakal berlaku dalam isu cukai pintu ini. Jadi, penjelasan beliau amat jelas dan saya terima.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sokong sebab beliau hanya menjalankan tugas. Cuma saya rasa pelik dan terkilan dalam soal pimpinan kerajaan negeri Kedah yang saya rasa dah jauh daripada mendengar denyut nadi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin mereka nak mengejar \u2018tagline\u2019 ataupun cita-cita untuk menjadikan Kedah ini \u2018greater\u2019 sehinggakan dalam keadaan rakyat dihimpit dengan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan sebagainya, Kerajaan negeri Kedah pula dalam masa yang sama cuba untuk \u2018menindih\u2019 kantung poket rakyat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri Kedah yang ditunjangi Pas perlu membangunkan negeri dengan akal dan timbang rasa, tanpa menindas rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau betul pun nak bangunkan negeri, buatlah dengan akal dan timbang rasa sebab perkara ini pernah dilaungkan oleh pimpinan negeri. Mereka pernah bercakap soal timbang rasa dan zalim sesebuah kerajaan kalau menindas rakyat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya nak ingatkan kepimpinan negeri, rakyat bukan mesin wang ataupun tunai untuk kita jarah bagi menampung kelemahan pengurusan pentadbiran kerajaan. UMNO dahulu apabila nak laksana sesuatu dasar, kita bincang, timbang dan jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan negeri Kedah pernah melaungkan slogan \u2018merakyatkan kerajaan\u2019, tapi nampak sekarang ini makin menindas rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan sahaja cukai pintu, cukai tanah, bil air dah naik tetapi masalah air belum selesai. Jangan pandai berkata mengenai isu di peringkat pusat, negeri sendiri pun kena tengok,\u201d katanya lagi.&nbsp;&#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kenaikan cukai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilihat memberi kesan dan dilihat menindas rakyat. Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, rakyat bukan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[591,2349,619,2350],"class_list":["post-8363","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-cukai","tag-mbas","tag-rakyat","tag-tindas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8363","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8363"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8364,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8363\/revisions\/8364"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}