{"id":8315,"date":"2025-11-05T13:15:49","date_gmt":"2025-11-05T05:15:49","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8315"},"modified":"2025-11-05T13:16:22","modified_gmt":"2025-11-05T05:16:22","slug":"dua-beranak-ditemukan-maut-dalam-bilik-anak-7-tahun-sempat-lari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8315","title":{"rendered":"Dua beranak ditemukan maut dalam bilik, anak 7 tahun sempat lari"},"content":{"rendered":"\n<p>KULIM: Hanya kerana marahkan teman lelaki, seorang ibu dipercayai sanggup membunuh anak perempuannya sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri di sebuah rumah teres di Taman Perak di sini malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, wanita berusia 30 tahun ditemui tergantung pada kipas siling di bilik tidur utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala mayat anak perempuannya yang berusia empat tahun ditemui di atas tilam dalam bilik sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan awal percaya wanita berkenaan dipercayai menekup muka anaknya dengan bantal sebelum bertindak menggantung diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mangsa dipercayai bertindak sedemikian akibat tekanan perasaan selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTurut ditemui dua nota tulisan tangan yang ditampal pada akuarium yang mengandungi permohonan maaf serta luahan kecewa dengan masalah peribadi yang dihadapinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam nota itu, dia menyatakan tidak sanggup menanggung sakit hati dan mendakwa anak-anaknya tidak boleh tinggal dengan sesiapa menyebabkan dia bertindak membawa mereka bersama,\u201d katanya ketika dihubungi di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Zulkifli berkata, kejadian itu bagaimanapun disedari selepas seorang jiran terdengar jeritan anak lelaki mangsa berusia tujuh tahun yang turut menjadi mangsa, namun&nbsp; dia terselamat&nbsp; dan&nbsp; sempat meminta tolong jirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJiran yang bergegas ke lokasi menemui wanita berkenaan tergantung di kipas siling sebelum menghubungi polis,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut polis mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk atau unsur pencerobohan di rumah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemeriksaan terhadap kanak-kanak lelaki itu menemui kesan jerut pada leher dan lebam di bahagian rahang sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, polis turut menemui MyKad dan MyKid tiga beranak itu serta beberapa barangan peribadi termasuk kad ATM di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,\u201d katanya.&nbsp;&#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KULIM: Hanya kerana marahkan teman lelaki, seorang ibu dipercayai sanggup membunuh anak perempuannya sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri di sebuah rumah teres di Taman Perak di sini malam tadi. Dalam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8314,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[114,501,113],"class_list":["post-8315","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-anak","tag-bunuh","tag-ibu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8315","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8315"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8315\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8316,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8315\/revisions\/8316"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8315"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8315"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8315"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}