{"id":8048,"date":"2025-10-31T11:53:03","date_gmt":"2025-10-31T03:53:03","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8048"},"modified":"2025-10-31T11:54:45","modified_gmt":"2025-10-31T03:54:45","slug":"rhb-siasat-kakitangan-kongsi-gambar-libatkan-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8048","title":{"rendered":"RHB siasat kakitangan kongsi gambar libatkan PM"},"content":{"rendered":"\n<p>PETALING JAYA: RHB Banking Group (RHB) tampil memaklumkan bahawa kenyataan yang tular di media sosial yang didakwa dibuat oleh seorang kakitangan mereka adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili kedudukan rasmi RHB.<\/p>\n\n\n\n<p>RHB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa mengekalkan standard tertinggi profesionalisme, integriti, dan sikap menghormati dalam semua interaksi, sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRHB memandang serius perkara ini dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, RHB turut menegaskan bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita didakwa merupakan kakitangan RHB cawangan Kulim, Kedah telah berkongsi satu gambar mengaibkan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian tersebut mendapat kecaman pengguna yang menyifatkan tindakan itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, wanita terbabit dalam satu hantaran di Facebooknya turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak, terutamanya Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengakui bahawa tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham, dan saya amat kesali atas perkara itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut wanita itu, hantaran tersebut juga sudah dipadam dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan dan hantaran yang dibuat adalah daripada akaun peribadi saya sendiri dan tidak mewakili atau mempunyai sebarang kaitan dengan pihak majikan saya,\u201d katanya. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA: RHB Banking Group (RHB) tampil memaklumkan bahawa kenyataan yang tular di media sosial yang didakwa dibuat oleh seorang kakitangan mereka adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili kedudukan rasmi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8047,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1214,219,2100,390,389],"class_list":["post-8048","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bank","tag-hina","tag-kakitangan","tag-menteri","tag-perdana"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8048","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8048"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8048\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8049,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8048\/revisions\/8049"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}