{"id":8021,"date":"2025-10-30T19:10:28","date_gmt":"2025-10-30T11:10:28","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8021"},"modified":"2025-10-30T19:11:53","modified_gmt":"2025-10-30T11:11:53","slug":"semua-kena-move-on-dakwaan-maritim-malaysia-serbu-masjid-rusila-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=8021","title":{"rendered":"&#8216;Semua kena &#8216;move on&#8217; dakwaan Maritim Malaysia serbu Masjid Rusila&#8217; &#8211; Menteri"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu Ahli Parlimen &#8216;move on&#8217; jika ada yang terkhilaf dengan dakwaan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyerbu Masjid Rusila di Marang, Terengganu pada 19 September lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya nak &#8216;move on&#8217;. Tak apalah. Sifat manusia ada khilaf. Kadang-kadang terlepas pandang,&#8221; katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernyataan itu dibuat selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mencelah sesi penggulungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Takiyuddin ketika itu akui tiada niat dalam kalangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terutama dirinya untuk menyalahkan pegawai kerajaan apatah lagi anggota Maritim Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Setiausaha Agung PAS itu menyifatkan isu berkenaan selesai dan tiada masalah timbul, apatah lagi membabitkan beliau dengan Saifuddin Nasution.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya kemukakan persoalan ini kerana tempat itu (Masjid Rusila) sendiri dalam keadaan tertentu adalah sensitif untuk diadakan apa-apa perkara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh sebab itu tujuan kami PN elak daripada salah faham dan tidak ada langsung niat kami untuk salahkan pegawai kerajaan apatah lagi anggota Maritim Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Cuma kami minta lain kali kita elakkan perkara ini walaupun kami tak ada masalah jika ia dilakukan berdasarkan undang-undang. Surat daripada Maritim Malaysia kepada pihak tertentu, polis (sudah pun) jelaskan perkara ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Saifuddin Nasution menjelaskan latihan komando Maritim Malaysia yang berlangsung 16 hingga 22 September lalu sudah pun dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah di semua daerah terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau akui latihan berkenaan mungkin menimbulkan situasi curiga tetapi ia tidak sampai memperlihatkan seperti satu serbuan atau serangan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak sama sekali kerana itu kita tak nafikan ia mengundang satu reaksi daripada pihak masjid. Pengerusinya ikut jalur betul dibuat laporan polis.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Polis kemudian jumpa bukan saja dengan Pejabat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Batu Buruk tetapi juga dengan Pejabat Ahli Parlimen Marang dan terangkan bahawa ini satu latihan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alhamdulillah ADUN Batu Buruk baik Ahli Parlimen Marang yang polis berurusan dengan kakitangan pejabatnya menerima itu adalah satu kursus yang ada keperluan dan kewajarannya,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu Ahli Parlimen &#8216;move on&#8217; jika ada yang terkhilaf dengan dakwaan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyerbu Masjid&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8020,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[1616,603,355,1570],"class_list":["post-8021","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-isu","tag-masjid","tag-rusila","tag-selesai"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8021","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8021"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8021\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8022,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8021\/revisions\/8022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8020"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8021"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8021"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8021"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}