{"id":7918,"date":"2025-10-27T10:44:13","date_gmt":"2025-10-27T02:44:13","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7918"},"modified":"2025-10-27T10:45:51","modified_gmt":"2025-10-27T02:45:51","slug":"91-peratus-kes-rogol-bawah-umur-di-kedah-libat-hubungan-suka-sama-suka-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7918","title":{"rendered":"91 peratus kes rogol bawah umur di Kedah libat hubungan suka sama suka &#8211; Polis"},"content":{"rendered":"\n<p>JITRA: Polis Kedah mendedahkan sebanyak 91 peratus kes rogol bawah umur yang direkodkan di negeri ini melibatkan hubungan suka sama suka antara remaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menyifatkan perkara itu sebagai satu keadaan yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 100 kes rogol bawah umur dilaporkan dan daripada jumlah itu, 91 kes berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila kita sebut \u2018suka sama suka\u2019, ia bukan bermaksud tidak ada kesalahan. Ini menunjukkan wujudnya masalah sosial yang semakin parah dalam kalangan remaja kita. Sebab itu, saya tekankan bahawa isu ini mesti ditangani secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-1024x682.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-7920\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-1024x682.webp 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-300x200.webp 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-768x511.webp 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-1170x779.webp 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-585x390.webp 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561-263x175.webp 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/photo_2025-10-26_14-51-36_1761461589323535168590176561.webp 1200w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">ADZLI ABU SHAH<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cPihak polis, pendidik dan agensi lain sedang bekerjasama dalam pelbagai pendekatan untuk mengekang gejala ini,\u201d katanya ketika ditemui media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba di sini pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Rahim Mat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, kebanyakan kes melibatkan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun yang menjalinkan hubungan tanpa pengawasan ibu bapa termasuk keluar rumah pada waktu malam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau anak berumur 13 atau 15 tahun masih keluar malam, ibu bapa perlu tanya ke mana mereka pergi dan dengan siapa. Kita perlu kembali kepada nilai masyarakat lama yang saling ambil tahu, bukan membiarkan anak bebas tanpa kawalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau masyarakat lebih prihatin dan tidak takut untuk menegur, saya yakin jumlah kes ini boleh dikurangkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adzli turut menegaskan bahawa walaupun pihak polis dan sekolah kini memperkukuh kerjasama susulan peningkatan kes salah laku pelajar di seluruh negara, peranan ibu bapa kekal sebagai benteng utama pencegahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMesti ada keseimbangan. Ia bukan hanya tanggungjawab sekolah atau polis. Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak serta penggunaan internet mereka. Di Kedah sendiri, kes seperti ini semakin meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Adzli berkata, pihaknya kini menempatkan pegawai perhubungan di sekolah-sekolah tertentu bagi mewujudkan hubungan rapat antara polis dan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Unit Rondaan Bermotosikal (MPV) dan pasukan lain turut digerakkan ke 30 kawasan panas yang dikenal pasti di sekitar sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah mengarahkan setiap balai berhampiran kawasan panas menugaskan anggota untuk memantau ketika waktu masuk dan keluar sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila pelajar melihat kehadiran polis bersama guru, mereka akan berasa lebih selamat. Dalam masa sama, kehadiran anggota beruniform juga berfungsi sebagai pencegah kepada pihak yang berniat jahat,\u201d jelasnya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JITRA: Polis Kedah mendedahkan sebanyak 91 peratus kes rogol bawah umur yang direkodkan di negeri ini melibatkan hubungan suka sama suka antara remaja. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[605,358,2240,2239],"class_list":["post-7918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-kedah","tag-rogol","tag-sama","tag-suka"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7918"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7918\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7921,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7918\/revisions\/7921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}