{"id":7867,"date":"2025-10-25T16:23:32","date_gmt":"2025-10-25T08:23:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7867"},"modified":"2025-10-25T16:36:10","modified_gmt":"2025-10-25T08:36:10","slug":"340-graduan-uc-tati-tamat-pengajian-diraikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7867","title":{"rendered":"340 graduan UC TATI tamat pengajian diraikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Seramai 340 graduan Kolej Universiti TATI (UC TATI) diraikan setelah berjaya menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesyen Ke-25 UC TATI di Dewan Canselor kolej universiti itu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Graduan UC TATI tersebut menerima anugerah Ijazah Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan<br \/>dan Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang mencuri perhatian pada majlis<br>konvokesyen tahun ini ialah kisah seorang graduan dari Kemaman, Ahmad Bahauddin Kamal Baharin, 27, yang berdiri di atas pentas tanpa kehadiran kedua ibubapanya di sisi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ibunya, Allahyarham Wan Najmiah Wan Ali, meninggal dunia akibat penyakit cyst pada tahun 2019, manakala bapanya, Kamal Baharin Alias, meninggal dunia ketika beliau berusia 26 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Ahmad Bahauddin, hari konvokesyen ini menjadi saat paling bermakna dalam hidupnya dan menjadi satu penghormatan kepada pengorbanan kedua-dua arwah ibu bapanya dan bukti bahawa usaha gigih mampu mengatasi kehilangan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"678\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-678x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7865\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-678x1024.jpg 678w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-199x300.jpg 199w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-768x1160.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-1017x1536.jpg 1017w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385-585x884.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00765603433242305786385.jpg 1059w\" sizes=\"(max-width: 678px) 100vw, 678px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">AHMAD Bahauddin Kamal Baharin menerima Anugerah Graduan Terbaik Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) With Honours pada Majlis Konvokesyen Ke-25 UC TATI, Kemaman, hari ini.\u00a0 &#8211;\u00a0 SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau yang pernah menuntut di pondok sejak usia 15 tahun, kini berhasrat untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai langkah untuk berdikari dan menyumbang kembali kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditemui Suara Timur, Ahmad Bahauddin berkata, walaupun pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti lain, namun keadaan memaksanya memilih UC TATI kerana kesihatan Allahyarham bapanya merosot yang memerlukan perhatian keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alhamdulillah UC TATI merupakan salah satu universiti yang terdekat dengan kediaman keluarga dan memudahkan beliau berulang alik dari rumah ke tempat belajar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi saya modul pembelajaran di semua universiti hampir sama sahaja, ia bergantung kepada bidang apa yang kita ambil,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Bahauddin yang merupakan penerima Anugerah Graduan Terbaik Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) With Honours berkata, di UC TATI semua tenaga pengajar baik baik belaka dan sering memberi tunjuk ajar bila diperlukan tanpa jemu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7866\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900-585x329.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/img-20251025-wa00777597009438343029900.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">AHMAD Bahauddin Kamal Baharin bergambar bersama\u00a0 keluarga selepas menerima Anugerah Graduan Terbaik Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) With Honours pada\u00a0 Majlis Konvokesyen Ke-25 UC TATI, Kijal, Keamaman, hari ini. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Dari segi pasaran kerja, UC TATI banyak melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan ketika pratikal dengan sebuah syarikat swasta, saya diberi tanggungjawab memimpin rakan sebaya dalam mengendalikan projek,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang kini berkerja sebagai Project Engineer di syarikat di Kuala Lumpr dan kini adiknya, Afiqah Badriah mengikuti jejak&nbsp; menyambung pelajaran di UC TATI sejak tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Ahmad Bahauddin, kejayaan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga warisan kasih dan semangat kedua ibu bapanya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam setiap langkahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, dalam ucapannya menegaskan, Majlis Konvokesyen Ke-25 ini bukan sekadar pengiktirafan akademik, tetapi juga simbol kepada ketabahan dan semangat pelajar menghadapi cabaran dalam mencapai kejayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKisah seperti Ahmad Bahauddin membuktikan bahawa pendidikan bukan hanya tentang pencapaian akademik, tetapi juga tentang membentuk jati diri, ketahanan emosi dan semangat untuk berbakti kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menambah, UC TATI terus komited melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGraduan UC TATI merupakan aset penting kepada pembangunan negeri Terengganu dan Malaysia secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka adalah tenaga muda yang akan memacu kemajuan dalam bidang teknikal, keusahawanan dan sosial,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis yang dihadiri oleh keluarga, pensyarah dan warga universiti itu diakhiri dengan upacara simbolik pelontaran topi graduan melambangkan penutup perjalanan akademik dan permulaan kepada cabaran dunia sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Perasmian Majlis Konvokesyen Ke-25 UC TATI disempurnakan oleh Canselor UC TATI, Kamaluddin Abdul Rashid. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Seramai 340 graduan Kolej Universiti TATI (UC TATI) diraikan setelah berjaya menamatkan pengajian pada Majlis Konvokesyen Ke-25 UC TATI di Dewan Canselor kolej universiti itu,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7870,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2225,1051,2224],"class_list":["post-7867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-konvokesyen","tag-tati","tag-uc"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7868,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7867\/revisions\/7868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7870"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}