{"id":7795,"date":"2025-10-22T19:06:26","date_gmt":"2025-10-22T11:06:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7795"},"modified":"2025-10-22T19:06:57","modified_gmt":"2025-10-22T11:06:57","slug":"pemilik-lori-nekad-bakar-kenderaan-elak-disita-jpj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7795","title":{"rendered":"Pemilik lori nekad bakar kenderaan elak disita JPJ"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik lori bertindak nekad membakar kenderaan miliknya sendiri semata-mata bagi mengelak disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, kejadian berlaku ketika pasukan rondaan JPJ mengesan sebuah lori disyaki melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sebelum menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori itu seorang remaja bawah umur, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh lebih dua tahun, selain dikesan gagal menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sejak 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;JPJ mengambil tindakan menyita lori itu namun pemilik kenderaan yang tiba di lokasi kemudian enggan memberi kerjasama dan bertindak membakar lori berkenaan dalam cubaan menghalang tindakan sitaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siasatan awal mendapati pemilik syarikat mempunyai enam saman aktif atas nama syarikat serta empat saman atas nama pemandu,&#8221; katanya dalam kenyataannya, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuk memandu tanpa LKM sah, tiada insurans, pemandu bawah umur di bawah 17 tahun serta dua kesalahan ubah suai kenderaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, JPJ akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batas undang-undang, selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) selain disabitkan mengganggu tugas penjawat awam dan akan dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja, selain dalam siasatan polis. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik lori bertindak nekad membakar kenderaan miliknya sendiri semata-mata bagi mengelak disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi di hadapan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7794,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1195,2213,2212,495,948],"class_list":["post-7795","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-bakar","tag-disita","tag-elak","tag-jpj","tag-lori"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7795","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7795"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7795\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7796,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7795\/revisions\/7796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7794"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}