{"id":7777,"date":"2025-10-22T14:22:20","date_gmt":"2025-10-22T06:22:20","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7777"},"modified":"2025-10-22T14:22:49","modified_gmt":"2025-10-22T06:22:49","slug":"pendaftaran-kad-sim-diperketat-seorang-hanya-boleh-ada-dua-nombor-prabayar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7777","title":{"rendered":"Pendaftaran kad sim diperketat, seorang hanya boleh ada dua nombor prabayar"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketatkan garis panduan pendaftaran kad sim prabayar di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, antara cadangan sedang diteliti berhubung had maksimum dua nombor prabayar bagi setiap telco untuk warga Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, warga asing pula hanya dibenarkan memiliki dua nombor prabayar tanpa mengira syarikat telco mana yang digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujar beliau, garis panduan baharu pendaftaran kad sim prabayar tersebut disasarkan akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan garis panduan sejak 2017, setiap individu boleh mendaftar sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menjadikan jumlah yang agak besar untuk individu,\u201d katanya semasa menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Nie Ching berkata, garis panduan diperketatkan itu diharap dapat mengurangkan penyalahgunaan kad sim prabayar bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu atau ugutan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, beliau memaklumkan, dari 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober 2025, MCMC telah mengemukakan sebanyak 3,074 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan \u2018deepfake\u2019 dengan 2,354 kandungan berjaya diturunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, bagi kandungan palsu, sebanyak 55,218 permohonan telah dibuat dan 46,966 kandungan telah diturunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti ditetapkan oleh setiap platform, selaras dengan undang-undang tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, katanya, MCMC sedang mengkaji pengenalan kaedah pengesahan umur dan identiti pengguna bagi memastikan kebolehlaksanaan secara praktikal di platform dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan mudarat terutama bagi pengguna kanak-kanak serta penipuan dalam talian melibatkan entiti perniagaan.&nbsp;&#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketatkan garis panduan pendaftaran kad sim prabayar di negara ini. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, antara cadangan sedang diteliti&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7776,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[405,794,1771,2207],"class_list":["post-7777","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dua","tag-kad","tag-seorang","tag-simkad"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7777"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7778,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7777\/revisions\/7778"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7776"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}