{"id":7763,"date":"2025-10-22T07:23:17","date_gmt":"2025-10-21T23:23:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7763"},"modified":"2025-10-22T07:23:49","modified_gmt":"2025-10-21T23:23:49","slug":"lori-makanan-laut-terbabas-ketam-bertaburan-atas-jalan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7763","title":{"rendered":"Lori makanan laut terbabas, ketam bertaburan atas jalan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dikejutkan dengan kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 425.15 arah utara berhampiran laluan Telemong\u2013Kuala Terengganu awal pagi Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu melibatkan sebuah lori membawa makanan laut termasuk ketam dan sebuah lagi lori membawa barangan kurier.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, siasatan awal mendapati lori jenis Hino yang membawa barangan kurier telah melanggar belakang lori Nissan yang sedang bergerak di lorong kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkibat pelanggaran itu, lori membawa muatan makanan laut terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang besi sebelum keduanya berhenti di lorong kiri,\u201d katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, semua pemandu dan penumpang kedua-dua lori terbabit yang terdiri daripada lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemalangan turut menyebabkan kerosakan pada aset lebuh raya termasuk rasuk besi penghadang jalan, tiang, penyambung dan dua jalur penghadang di bahu jalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTrafik di lokasi berkenaan bergerak lancar walaupun lorong kiri dan lorong kecemasan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Selasa tular video berdurasi 30 saat memaparkan orang ramai mengutip ketam yang berterabur di atas jalan susulan kemalangan di kawasan tersebut. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dikejutkan dengan kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 425.15 arah utara berhampiran laluan Telemong\u2013Kuala Terengganu awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Kuala&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7762,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2205,948,490],"class_list":["post-7763","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-ketam","tag-lori","tag-terbabas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7763","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7763"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7763\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7764,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7763\/revisions\/7764"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7762"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7763"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7763"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7763"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}